BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 29 Jun 2020

Punggung besar kalau kuat jalan kaki?


Foto: https://www.technogym.com/

Betul ke kalau rajin berjalan kaki punggung anda akan lebih besar? Apa kaitannya sebenarnya? 

Kesimpulan itu bukan buat-buat namun ia berdasarkan kajian saintifik yang mengaitkan evolusi hominoidea (beruk) kepada homosapien (manusia) berjuta tahun dahulu.

Maklumlah jika anda tidak percaya evolusi, anda berhak untuk membuat kesimpulan anda sendiri, tapi jangan lupa untuk kongsikan kepada kami di ruang komen.

Jadi begini, menariknya manusia merupakan satu-satunya spesis yang mempunyai punggung besar, walaupun beruk tidak jauh beza dari segi genetik, punggung haiwan itu sebenarnya jauh lebih leper berbanding punggung manusia.

Jadi bagaimana sebenarnya punggung boleh membesar dengan evolusi? 

Apa fungsi punggung?

Sebenarnya bahagian yang diperbuat daripada majoriti lemak dan otot yang turut terletak di bahagian belakang antara pinggang dan peha itu banyak fungsinya.

Antaranya, bagi mengimbangkan kedudukan tegak ketika berjalan serta berfungsi sebagai tempat tumpuan badan ketika duduk.

Selain itu, lemak yang banyak di bahagian belakang itu juga boleh berfungsi sebagai tempat simpan lemak dan tenaga.

Sejarah evolusi punggung

Menurut satu kajian oleh Thomas Greiner yang diterbitkan dalam jurnal Evolusi Manusia, mendapati perubahan pembentukan tulang manusia memberi kesan kepada pembentukan otot. 

Model yang digunakan membuktikan manusia pada zaman pra sejarah harus berjalan tegak untuk pembentukan punggung yang besar.

Itu sekali gus membawa kepada kesimpulan berjalan dengan tegak selama bertahun-tahun akhirnya membawa kepada pembesaran otot gluteus maximus, antara otot yang memberi bentuk punggung.

Punggung duhulu atau berjalan dahulu?

Menurut kajian Greiner, fungsi postur dan pergerakan gluteus maximus tidak akan terbentuk jika morfologi otot manusia berubah sebelum bipedalisme atau pembentukan lokomotif manusia.

Jika punggung dibentuk dahulu sebelum postur badan, ia mungkin akan membantutkan perjalanan, dan manusia mungkin tidak akan berbadan tegak. 

Ironinya, walaupun manusia duduk untuk tempoh masa yang panjang, punggung kita sebenarnya terbentuk daripada berdiri tegak dan berjalan!

Sumber: seeker.com


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu