BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 29 Jun 2020

Ini dia kuda dari syurga


Ini adalah kuda yang dianggap sebagai antara yang tercantik di dunia. Ia adalah baka Akhal-Teke, yang berasal dari bumi Turkmenistan.

Akhal-Teke dikenali dengan bulunya yang bersinar seakan velvet sutera, selain daripada ciri atletiknya dengan ketahanan tinggi dan kecerdikannya yang sesuai dijadikan kuda lumba 'endurance'.

Bulunya yang bersinar adalah kerana genetiknya membuatkan bulu kuda ini lompong di dalamnya, yang bertindak seperti prisma yang membias apabila disuluhkan cahaya kepadanya.

Dipercayai, tuhan menjadikan bulunya bersinar untuk memudahkan penyamaran dalam habitatnya di gurun, melindungi diri daripada pemangsa.

Namanya adalah dalam bahasa Turkmenistan yang merujuk kepada puak Teke dan Akhal, pesisir oasis di sepanjang cerun utara pergunungan Kopet Dag yang menjadi penempatan mereka.

Ketika puak Teke diserang Empayar Rusia pada 1881, mereka kalah. Pada masa sama, general perang Rusia, Aleksei Kuropatkin tiba-tiba jadi minat dengan kuda yang ditunggang oleh puak Teke yang dilihatnya ketika bertempur. 

Selepas perang tamat, Kuropatkin mengasaskan ladang pembiakan kuda dan memberi nama sendiri baka itu 'Akhal-Teke', sempena nama tempat dan puak manusia yang menunggang kuda jenis itu.

Orang Rusia memanggilnya sebagai "Argamaks", bahasa Rusia yang bererti 'suci'. Sementara orang China menggelarkannya 'kuda dari syurga'. Malah, beberapa maharaja Dinasti Han sanggup berkorban tentera hanya untuk mendapatkan kuda ini.

Hari ini, dianggarkan ada sekitar 6,600 ekor Akhal-Teke di seluruh dunia, terutamanya di Rusia juga di Eropah dan Amerika Utara. 

Tapi kalau anda berhasrat untuk membelinya terus dari tanah asalnya Turkmenistan, dukacita dimaklumkan bahawa usaha mengeksport kuda ini keluar dari negera itu boleh dikenakan hukuman mati.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu