BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 18 Jun 2020

Maksud sebenar 'thumbs up' yang disalah faham sehingga hari ini


Setiap kali nampak orang menegakkan ibu jari bersama genggaman, dalam kepala mesti mengaitkan dengan simbol LIKE Facebook atau lambang kacang Ngan Nyin.

Bahasa tubuh itu kita fahamkan sebagai tanda bagus sejak entah bila, manakala jika ibu jari tegak yang diterbalikkan menunjuk ke bawah, semua tahu ia tanda tidak bagus.

Isyarat tangan itu berakar dari zaman Empayar Rom, bertindak sebagai isyarat penting dalam gelanggang gladiator di arena mega Colosseum. Hidup mati seseorang pahlawan yang tewas ditentukan dengan ibu jari ke atas atau ke bawah.

Kita akan mungkin sudah tahu dan mudah mentafsir isyarat itu, ibu jari ke atas bererti hidup dan ke bawah, mati. Sebenarnya sejak sekian lama, ia disalah faham daripada maksud asalnya.

Dipercayai, umum mula sedar kewujudan isyarat itu daripada lukisan Jean-Léon Gérôme pada 1872 bertajuk 'Pollice Verso', di mana kelihatan sekumpulan wanita berselubung putih dipanggil 'Vestal Virgins' menunjukkan isyarat ibu jari ke bawah.

'Pollice Verso' (Jean-Léon Gérôme, 1872). Tengok makcik-makcik berselubung putih tu bukan main galak lagi.

Ia disalah faham oleh masyarakat kurun ke-19 sebagai tanda tidak suka dan 'kasi bunuh itu orang'. Lukisan itu seterusnya menjadi mashyur maka tafsiran yang salah terhadap isyarat itu menjadi pengertian yang diterima ramai.

Kesilapan itu terus diperluas dan diperkuat apabila filem Gladiator arahan Ridley Scott ditayangkan pada tahun 2000, dengan adegan memaparkan Commodus menunjukkan isyarat ibu jari ke bawah untuk menamatkan riwayat gladiator yang tewas.

Sebenarnya, isyarat ibu jari ke bawah itu bererti 'buang pedangmu' dan gladiator yang tewas itu dibenarkan untuk terus hidup. Ia juga dinyatakan oleh penulis zaman Empayar Rom, Pliny dalam tulisannya yang diterjemah pada 1601 bahawa isyarat itu sebagai tanda 'persetujuan' dan 'pertolongan'.

Sementara tanda ibu jari ke atas membawa maksud gladiator yang tewas itu tidak digemari oleh penonton dan 'lampu hijau' untuk ditamatkan riwayatnya.

Kejam betul hiburan orang Rom purba ni.




Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu