BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 12 Jun 2020

MISI MIA 2: Apa yang kita perlu tahu sebelum pergi bercuti?



Berita baik bagi pengembara kerana kita dibenarkan bercuti-cuti Malaysia bermula 10 Jun 2020 tetapi...

Perang dengan COVID-19 belum berakhir, masih banyak yang harus dipertimbangkan sebelum berfikir untuk bercuti.




Episod MISI MIA kali ini membawakan pandangan beberapa pihak, termasuk input daripada rakyat dan pemain industri pelancongan bagi membantu anda membuat pilihan sebelum memulakan perjalanan.



Setelah berperap di dalam rumah selama tiga bulan, Emilia Azureen sangat teruja apabila dengar berita gembira dan sudah mula merancang destinasi pelancongan domestik seterusnya. 

Walaubagaimanapun, beliau sedar betapa pentingnya patuh kepada SOP dalam menjaga kesihatan diri dan orang terdekat.



Pengarah A Rock Resort, Langkawi, Datuk Joe Chong pula mempunyai pendapat berbeza kerana beliau antara pemilik hotel yang lebih percaya bahawa keselamatan adalah lebih penting berbanding keuntungan.

Menurut Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Uzaidi Udanis, rakyat Malaysia mempunyai sifat gemar mengembara dan tidak reti duduk diam! 

Oleh itu, beliau berharap sedikit demi sedikit, rakyat Malaysia akan mula melancong, walaupun ke lokasi yang dekat-dekat sahaja.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu