Jangan sangka air tenang tiada buaya.
Keindahan alam semula jadi tidak menjamin ia selamat untuk buat perangai sesuka-hati.
Ini tiga tempat yang jika anda jejaki, maut menanti.
Keindahan alam semula jadi tidak menjamin ia selamat untuk buat perangai sesuka-hati.
Ini tiga tempat yang jika anda jejaki, maut menanti.
3. Segitiga Bermuda
Foto: iluminasi.com |
Di tempat ketiga, Segitiga Bermuda, kawasan utara Lautan Atlantik di antara Florida, Puerto Rico dan Bermuda.
Ia terkenal kerana misteri kehilangan kapal dan pesawat yang melalui kawasan itu.
Banyak misteri berkaitan Segitiga Bermuda sebelum ini yang menimbulkan tanda soal, adakah kawasan itu sebenarnya dihuni makhluk halus dan adakah yang hilang sudah dibawa ke alam lain?
Bagaimanapun, semua itu terbukti bukan lagi satu misteri kerana ia berpunca daripada faktor geografi yang dibahaskan wartawan, Larry Kusche dalam bukunya "The Bermuda Triangle Mystery - Solved".
Secara ringkas, Kusche menjelaskan beberapa faktor termasuk kesibukan kawasan Segitiga Bermuda yang menyebabkan trafik yang tinggi, sekali gus meningkatkan kadar kemalangan, selain kawasan itu kaya dengan metana yang boleh menyebabkan letupan, di mana kenderaan mangsa hilang di lantai laut yang tidak dipetakan dengan terperinci.
2. Pulau Ular
Foto: iluminasi.com |
Dengar sahaja namanya, sudah pasti anda tahu sebab apa pulau di Brazil ini dianggap antara tempat yang paling berbahaya di dunia.
Kepulauan Ilha da Queimada Grander ini dihuni oleh spesis ular yang amat berbisa seperti Golden Lacehead, sejenis
Ya, ia kerana spesis ular yang menghuni kepulauan Ilha da Queimada Grande, iaitu Golden Lacehead, sejenis ular dari spesis pit viper.
Bayangkan, Golden Lacehead dapat ditemui setiap inci persegi kepulauan itu dan tidak hairanlah kenapa kerajaan Brazil mengharamkan sesiapa untuk menjejaki kawasan itu.
Mengikut legenda, seorang nelayan ditemui maut berlumuran darah di atas perahunya selepas menghampiri pantai pulau itu.
1. Pulau Sentinel Utara
Foto: Facebook @InterestingNewsFacts |
Jatuh di nombor satu, Pulau Sentinel Utara atau North Sentinal Island, India.
Pulau ini memang cantik, tetapi apa yang membuatkannya amat berbahaya ialah penghuni pulau ini (gambar di atas).
Suku kaum Sentinel yang merupakan satu-satunya suku yang tinggal pada zaman moden tidak seperti orang asli yang kita selalu tengok dan dengar.
Mereka ini ganas dan tidak akan teragak-agak untuk membunuh sesiapa sahaja yang datang dekat dengan kepulauan mereka.
Puak Sentinel ini mengambil perkataan "isolasi" ke tahap luar biasa, sehingga sanggup menolak sekeras-kerasnya hubungan dengan dunia luar, semua kerana takut dijangkiti penyakit.
Seorang pelancong dari Amerika Syarikat pernah sampai ke kepulauan ini, namun tidak pernah kembali. Ada ura-ura menyatakan tubuhnya disimpan, namun tidak pasti bagi tujuan apa.
Sejak itu, Pulau Sentinel yang dipantau tentera laut India tidak pernah berani di dekati lagi.
Foto Cover: Anthropological Survey of India