BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 22 Jun 2020

Perangai singa, si raja rimba


Singa (panthera leo) adalah jenis yang paling sosial dalam rumpun felidae (kucing). Mereka hidup dalam kawanan yang dipanggil 'pride' dalam bahasa Inggeris, terdiri daripada 15 ekor singa atau lebih.

Singa banyak menghabiskan waktu mereka dengan berehat, tidur sekitar 20 jam sehari. Bangun dari tidur, selalunya singa meluangkan kira-kira dua jam untuk berjalan dan 50 minit untuk makan.

Hanya singa jantan yang mempunyai surai (mane), rambut yang tumbuh sekitar kepala, tengkuk dan lehernya. Fungsinya adalah untuk melindungi leher dalam pertarungan merebut kawasan atau betina.

Tahap kesihatan dan kesuburan singa boleh dilihat pada surainya. Lagi gelap dan lebat, lagi power itu singa.

Ngauman singa boleh didengari sejauh 8km. Mungkin sebab kuat sangat tidur, singa hanya boleh berlari dalam jarak dekat tapi sepantas 80km sejam dan boleh melompat sejauh 36 kaki. 

Pemburuan dijalankan oleh kumpulan singa betina dalam sesuatu kawanan itu, sementara singa jantan menjaga teritori. Bagaimanapun, singa jantan akan makan dahulu hasil buruan. Dah namanya raja.

Singa adalah haiwan hiperkarnivor, Diet mereka adalah haiwan mamalia, selalunya yang bertelapuk (hoof), setanding dengan selera besarnya 5 hingga 7kg daging sehari. Malah dalam satu sesi, singa boleh melantak sehingga 30kg daging.

Walaupun digelar sebagai 'Raja Rimba', singa tidak ditemui di hutan rimba tetapi di kawasan padang rumput. Dahulunya wujud juga di Asia Tengah dan Eropah, namun hari ini singa hanya boleh ditemui di Afrika, dan sedikit di India.

Ada banyak jenis singa - singa Barbari, singa Asia, singa Afrika Barat, singa Masai, singa Congo, singa Barat Daya Afrika, singa Transvaal, dan singa Ethiopia.

Sungguhpun gah dan gagah, haiwan ini semakin diancam kehilangan habitat. Mereka disenarai sebagai 'vulnerable' (terjejas) dalam Senarai Merah Haiwan Terancam IUCN.

Populasi singa Asia terakhir boleh ditemui di Taman Negara Sasan-Gir di Gujarat, India, yang khusus ditubuhkan untuk melindungi spesis itu. Ada dalam sekitar 350-400 ekor singa di situ.

Dalam bahasa Swahili (salah satu bahasa natif Afrika), singa dipanggil sebagai 'simba'.

Singa, menawan keluarga bahagia.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu