BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 22 Jun 2020

Apa yang anda boleh jangka pada Apple WWDC hari ini?




Persidangan Pembangun Apple Sedunia (WWDC) akan berlangsung pada 22 Jun, 10 pagi waktu pasifik (23 Jun, 1 pagi waktu Malaysia) dengan CEO Apple, Tim Cook menyampaikan produk dan sistem baharu daripada syarikat itu.

Kita tak akan diberitahu mengenai iPhone baharu tetapi lebih kepada pembangunan sistem operasi dan teknologi-teknologi yang akan diperkenalkan pada gajet terbaharu mereka.

Ini antara jangkaan pengumuman pada WWDC awal pagi esok. Ini berdasarkan khabar angin yang kuat, bukan perkara yang sah.
  1. Macbook - kemungkinan besar akan ada pengumuman penghijrahan ke cip ARM, dulu dikenali sebagai Advanced RISC Machine. Sebelum menggunakan pemproses Intel, Apple menggunakan cip yang dibangun sendiri dan ini merupakan kelebihan kepada produk mereka.
  2. Pengenalan kepada sistem operasi iOS 14. Fungsi iPad dijangka dipindahkan juga pada iPhone, seperti yang dinanti-nantikan semua pengguna Apple iaitu fungsi widget pada home screen.
  3. Apa yang baharu pada iPad Pro - pengumuman magic keyboard, sejak evolusi iPad diperkenalkan kepada pengguna, kita akan tahu sama mengenai pembangunan pengimbas LiDAR pada iPad Pro yang memudahkan pengguna untuk kerja-kerja foto dan video yang lebih profesional. Ini belum cerita mengenai pro camera dan pro audio yang akan ada pada iPro baharu.
  4. Watch OS7 - mungkin akan ada ciri-ciri tracking? Mungkin la.
  5. OS untuk TV 4K Apple yang baharu.

Tapi kita punya wishlist untuk Apple umumkan adalah:
  1. Rekabentuk iMac yang baharu - sistem yang lebih kuat dan rekabentuk yang baharu la. Dah boring asyik yang sama setelah sekian lama.
  2. Produk-produk lain seperti AirPods Headphones dan teaser untuk iPhone 12 atau ada nama baharu untuknya.
Memandangkan kita di era pandemik, pelancaran ini akan diadakan secara online. Mungkin Apple akan pakai bunyi tepukan tiruan semasa persembahan Tim nanti. 

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu