BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 2 Jun 2020

Sony batal pelancaran PS5


Ini bukan masa untuk meraikan apa-apa di Amerika Syarikat, termasuklah pelancaran terbaharu konsol Playstation 5 (PS5).

Akibat kekecohan, rusuhan dan emosi yang tidak menentu di Amerika Syarikat, Sony membuat keputusan untuk membatalkan acara pelancaran PS5 yang dijadual pada 4 Jun.

Perkara tersebut diumumkan menerusi akaun Twitter rasmi Playstation dengan menyatakan syarikat itu merasakan ia bukan waktu yang sesuai untuk meraikan pelancaran PS5 sebaliknya memberi ruang untuk suara orang ramai didengar.

Ini merupakan satu berita yang baik kerana menyaksikan syarikat gergasi menyokong perubahan dan suara orang Amerika Syarikat dan juga dunia, seperti yang dilakukan Nike dan Adidas sebelum ini.

Google turut menundakan pelancaran Android 11.

Acara PS5 tersebut sepatutnya berlangsung online dengan memberi tumpuan kepada game yang bajaru akan dilancarkan secara eksklusif untuk PS5 hujung tahun ini.

Ramai yang tidak sabar untuk melihat rupa sebenar dan yang rasmi konsol PS5 oleh Sony.

Gamers seluruh dunia tentu kecewa kan?

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu