BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 2 Jun 2020

Dulu Polis Amerika suruh Trump tutup mulut



Donald Trump semakin hampir di penghujung tugasnya sebagai presiden Amerika Syarikat.

95% undi yang dikira di Pennsylvania menunjukkan pencabarnya Joe Biden mendahului jauh. Di Georgia pula 99% sudah dikira dan Biden juga di depan.

Di Nevada, 89% undi sudah dikira, Biden di depan, walaupun tipis.

Arizona pula menyaksikan Biden mendahului 1.6% di hadapan Trump, dengan 90% undi sudah dikira.

Ada kala Trump suruh henti kira undi pos, walaupun dia sudah ketinggalan, agaknya dia memang dah kelam kabut dan stres.

Macam-macam tweet menuduh pilihan raya kali penuh dengan penipuan.

Agaknya ini lah sebab, semua orang suruh dia diam dan dulu pernah sekali polis Amerika suruh dia tutup mulut.

Pada Jun, Trump kepada gabenor-gabenor di Amerika Syarikat.

Dia suruh mereka menguasai pemprotes, menahan mereka dan melakukan apa sahaja bagi menghentikan protes kerana protes ini menunjukkan kelemahan pentadbiran mereka.




Ingatkan dapat sokongan, sekali Ketua Polis Houston, Hubert Arturo Acevedo ataupun Art Acevedo, suruh Trump tutup mulut kalau tidak ada benda baik untuk dicakap.

Kenyataan itu dibuat semasa temubual dengan Christiane Amanpour dari CNN.

Dengar kata Acevedo yang lebih bijak daripada Trump.

Dengarkan:




Polis yang menjadi mangsa pun memahami perjuangan menentang konsep "police state" ataupun negara polis ini. 



Sebelum ini Trump dah ugut akan mengerah tentera mengawal protes.

Sekarang kita tunggu apa tindakan seterusnya kerana rusuhan dikatakan semakin buruk kerana ketidak adilan dengan polis terus menyalah guna kuasa di negara tersebut. 

Ini bukan kali pertama Trump suruh mengambil tindakan keras terhadap protes, dengar lagu daripada Anti-Flag ini.





Susulan kematian lelaki kulit hitam George Floyd dipercayai akibat perbuatan anggota polis, Derek Chauvin, sebanyak 23 bandar di seluruh Amerika Syarikat berada di bawah perintah berkurung yang tidak pernah dilihat sejak rusuhan meletus ketika pembunuhan Martin Luther King Jr 1968.

Malah ia mencuri perhatian masyarakat dunia, termasuk London, Berlin dan Toronto.

Foto: Deadline.com

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu