Jangan ambil kata-kata saya tetapi ambil lah kata-kata daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham.
Saya mungkin tidak layak bagi ramai orang di luar sana untuk memberitahu kenapa kita tak patut benci atau sisihkan golongan bukan warganegara akibat COVID-19.
Tidak sekalipun kita mendengar beliau menggunakan akronim, PATI ataupun pendatang asing tanpa izin dalam kenyataan beliau pada Isnin, 1 Jun (kenyataan media), sebaliknya sekadar menyatakan mereka yang dijangkiti tersebut adalah golongan bukan warganegara di beberapa Depot Tahanan Imigresen dan juga di kalangan pekerja bukan warganegara pelbagai sektor di dalam komuniti.
Walaupun ini cabaran baharu buat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengurangkan kes COVID-19 di negara ini, Dr. Noor Hisham mengingatkan kita bahawa:
1. Golongan bukan warganegara tidak harus disisihkan dan tidak harus distigmakan oleh rakyat Malaysia. Malahan kita perlu membantu mereka, untuk membantu mengurangkan penularan COVID-19 di negara kita.
2. Dr. Noor Hisham juga satu-satunya pemimpin di negara ini yang mengiktiraf sumbangan golongan bukan warganegara kita dengan menyatakan “kehadiran mereka terutamanya pekerja bukan warganegara telah turut membantu dalam memperkasa ekonomi di negara kita.”
“Sewajarnya, kita perlu mengenal pasti dan mencari cara penyelesaian bagi menangani isu penularan COVID-19 di kalangan mereka ini.” - Dr Noor Hisham.
Ini kenyataan dan permintaan Dr Noor Hisham, pemimpin hero-hero frontliners atau barisan hadapan yang kita agungkan selama ini, mengetepikan politik, bangsa dan kewarganegaraan, demi kesejahteraan semua.
Sudah past kenyataan beliau mewakili seluruh KKM.
Sudah past kenyataan beliau mewakili seluruh KKM.
Bukankah ini yang dimahukan Nabi Muhammad s.a.w. dan bukankah ini yang dituntut oleh Allah SWT - ini bagi yang beragama Islam dan sangat orang-orang alim di luar sana.
Di mana suara para ulamak-ulamak, PU atau Imam Muda di luar sana yang menyuarakan perkara yang sama, adakah kenyataan mereka tidak dipedulikan atau memang tak ada?
Saya yakin apa yang berlaku kepada pelarian Rohingya (ada yang kata bukan pelarian sebab tiada perang dekat Myanmar tu), dapat dikendali dengan lebih baik, sebaik mana yang dituntut oleh Nabi Muhammad dan juga pemimpin mana-mana agama pun.
Tiba masanya ahli-ahli politik mencari penyelesaian, dimana golongan bukan warganegara ini patut ditempatkan dalam perancangan pembangunan ekonomi dan struktur sosial negara kita seperti yang dibincangkan saya dengan panel media lain dalam episod tiga program Berita Busters terbitan Fat Bidin Media yang akan dikeluarkan Jumaat ini.
Ini penting supaya perkara ini tidak dijadikan bahan berpolitik dan orang Malaysia menjurus kepada penyakit rasis dan xenofobia yang lebih teruk.
Kita tak memahami mereka kerana pergaulan kita dengan mereka sangat terhad, mungkin tiba masa kita mengenali mereka, seperti mana kita belajar mengharungi normal baharu akibat dilanda COVID-19.
Dan itu juga tujuan Tuhan menjadikan kita berlainan bangsa, warna kulit dan agama di muka bumi ini.
Ini penting supaya perkara ini tidak dijadikan bahan berpolitik dan orang Malaysia menjurus kepada penyakit rasis dan xenofobia yang lebih teruk.
Kita tak memahami mereka kerana pergaulan kita dengan mereka sangat terhad, mungkin tiba masa kita mengenali mereka, seperti mana kita belajar mengharungi normal baharu akibat dilanda COVID-19.
Dan itu juga tujuan Tuhan menjadikan kita berlainan bangsa, warna kulit dan agama di muka bumi ini.
Jangan jadikan orang Malaysia tiada beza dengan white supremacy di Amerika Syarikat yang membenci orang berkulit gelap.
Tengok video kenyataan Dr Noor Hisham di sini.
Seperti biasa, saya kongsi lagu favorite saya mengenai pelarian daripada Rise Against. Enjoy!
Ditulis oleh Ian Johan Ariff