Vincent van Gogh (30 Mac 1853 – 29 Julai 1890), antara figura artis paling berpengaruh dalam sejarah seni Barat, dianggap seorang gila ketika hayatnya.
Dia menderita daripada episod psikosis, sejenis kondisi mental yang sukar membezakan antara realiti dengan fantasi. Ia menyebabkan dirinya sukar difahami masyarakat, lalu disisihkan oleh mereka dan menyebabkannya mengalami kemurungan.
Selama 37 tahun hidup, Van Gogh telah menghasilkan lebih 2,000 karya, namun tidak banyak yang terjual sehingga dia menjadi papa kedana.
Ada cerita mengatakan begitu banyak sehingga dia menjadikan lukisan-lukisan tidak terjual itu sebagai pagar rumahnya.
Kemurungannya semakin memburuk membawa kepada mengerat telinga sendiri, akhirnya Van Gogh menembak dirinya sendiri di dada pada 27 Julai 1890 dan mati dua hari kemudian.
Hari ini, lukisannya adalah antara karya seni yang paling mahal pernah terjual, dan diangkat sebagai antara pelopor penting 'modern art'. Antara lukisannya yang paling masyhur adalah 'Sunflowers' dan 'The Starry Night'.
Sebuah muzium khusus mempamerkan kesemua karya-karyanya dibina dengan namanya di tanah airnya, Amsterdam, Belanda.
*Sambil baca cuba dengar lagu 'Vincent' oleh Don McLean.