BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 19 Jun 2020

Tarikh pelepasan FIFA21 sudah diumum


Pembikin permainan video, EA Sports sudahpun mengumumkan tarikh pelepasan sekuel terbaharu francais permainan simulasi bola sepak, FIFA.

Sah, FIFA21 akan mula dijual di seluruh dunia mulai 9 Oktober tahun ini bagi konsol Playstation 4, XBox One dan PC.

Peminat sudah boleh melihat pandangan pertama FIFA21, yang katanya akan menampilkan ciri ‘Feel Next Level’, teknologi baharu yang membawa pengalaman visual ke seluruh sistem tubuh.

Pelanggan EA Access pada konsol PS4, XBox One dan PC akan diberi kebenaran untuk mencuba permainan itu pada 1 Oktober.

Bagi peminat yang mahu mendapatkan versi penuh FIFA21 lebih awal, anda perlu membuat pra-pesan Ultimate Edition atau Champions Edition untuk membolehkan anda mula bermain seawal 6 Oktober.

Pelepasan permainan FIFA selalunya dibuat sekitar September, tetapi terpaksa ditunda sedikit susulan pandemik COVID-19.

EA mengesahkan ‘Dual Entitlement’ membolehkan gamers menaik taraf FIFA21 mereka dari PS4 ke PS5, atau XBox One ke XBox Series X tanpa sebarang bayaran, memandangkan tarikh pelepasan Playstation 5 masih belum diketahui.

Proses naik taraf itu boleh dibuat sebelum pengeluaran FIFA22 dijamin bersama progres Ultimate Team.

EA Sports berjanji untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai FIFA21 seperti gameplay, mod karier, Volta, Pro Clubs dan Ultimate Team pada Ogos.

Pesanan awal FIFA21 sudah boleh dibuat sekarang.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu