BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 19 Jun 2020

Rupa Darth Vader diilham daripada samurai




Darth Vader merupakan antara watak antagonis paling ikonik dalam sejarah perfileman sepanjang zaman. Kalau pun ada yang tak tahu namanya, orang kenal dia adalah orang jahat dalam cerita Star Wars.

Rupanya yang serba hitam dengan sosok tubuh yang tinggi lampai memberikan aura kejahatan yang tiada tandingan, walaupun wajahnya tidak bertaring menyeringai malah bertopeng tanpa ekspresi. Ditambah pula dengan efek bunyi nafasnya, berdiri bulu roma oi.

Pada November 1974, George Lucas sedang mengerjakan draf kedua skrip filem Star Wars ketika dia bertemu dengan artis grafik, Ralph McQuarrie. Lucas menugaskan McQuarry untuk menghasilkan siri lakaran konsep untuk membantu mencongak perbelanjaan filem tersebut.

Lucas menggambarkan Darth Vader sebagai "tinggi, gelap yang kelihatan seakan berkibar ditiup angin dengan jubah hitam panjang, memakai helmet seperti samurai dan wajahnya dibalut kain hitam."

Imej samurai menjadi elemen utama dalam banyak aspek filem Star Wars, dipercayai kerana Lucas cukup mengagumi dan dipengaruhi karya-karya pengarah legenda Jepun, Akira Kurosawa seperti 'Hidden Fortress' dan 'Seven Samurai'.




McQuarry menyedari dalam skrip bahawa Vader merentas ruang vakum angkasa, jadi dia bertanya kepada Lucas sama ada Vader memerlukan sesuatu seperti sejenis sut angkasa dan alat pernafasan. 

Lucas setuju dengan idea itu, maka McQuarry mencipta topeng untuk Vader dengan rupa seperti muncung anjing, kejam, dengan slot-slot kecil yang seakan gigi.

Dalam satu temubual pada 1977, Lucas menceritakan bahawa nama 'Darth Vader' muncul dalam kepalanya secara tiba-tiba suatu hari. Nama Darth itu Darth ini, Dark Lord of the Sith juga sudah berlegar dalam mindanya.

Nama yang difikirkan pada asalnya adalah 'Dark Water'. Kemudian dicuba menggabungkan dengan banyak nama-nama akhir - Smith, Wilson (macam tak kena kan) dan dalam banyak-banyak nama akhir yang terlintas, Vader menjadi pilihan Lucas.

Vader katanya adalah nama salah seorang kenalan sekolah menengahnya, Gary Vader. Selain itu, ia juga diterap daripada bahasa German/Belanda yang bererti 'father'. Darth pula daripada perkataan 'dark'. 

Dengan naratif ceritanya mendedahkan bahawa watak gelap itu adalah bapa kepada watak utama, Luke Skywalker, maka nama Darth Vader adalah yang paling sesuai.

"I...am your father." *khhhhhoohhhh (bunyi nafas)

Ini antara lakaran konsep awal oleh Ralph McQuarry:




Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu