BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 12 Julai 2020

Alat Pembersih Udara Tak Boleh Musnahkan Coronavirus

Pembersih udara dapat memerangi penyebab masalah pernafasan dan meningkatkan kualiti udara keseluruhan di rumah anda, tetapi penggunaan penapis HEPA yang standard tidak boleh memerangkap dan memusnahkan sesuatu yang sangat kecil, seperti virus.

Kalau berjaya pun virus itu terperangkap pada penapis ia tidak boleh bertahan lama dalam penapis itu.

Sementara itu, penapis PECO mungkin boleh memerangkap Coronavirus tapi kemampuannya adalah terhad.

Ini kerana ia mungkin mengeluarkan virus itu dari udara tapi Coronavirus boleh hidup di permukaan lain pada jangka masa tertentu.

Virus adalah 100 kali lebih kecil daripada bakteria yang bermaksud penapis udara yang paling kuat sekalipun akan mengalami kesukaran untuk membersihkan virus dari udara.

Saiz virus adalah 0.1 - 0.4 mikron dan berdasarkan laporan, saiz COVID-19 yang berada dalam kumpulan Coronavirus adalah 0.125 mikron.

Panasonic antara syarikat yang masih melakukan kajian untuk mencipta sebuah penapis udara yang dapat menghapuskan Coronavirus sementara Dyson yang mempunyai mengakui walaupun penapis yang ada mampu memerangkap virus namun ia tidak dapat dimusnahkan.

Jadi pengguna harus kerap menggantikan penapis.

Kesimpulannya, seperti yang disaran Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Pertubuhan Kesihatan Sedunia, pencegahan paling terbaik adalah mengamalkan penjarakan sosial, pakai pelitup muka di tempat awam/tertutup, elakkan berada di kawasan yang sesak dengan orang dan sentiasa menjaga kebersihan dengan kerap membasuh tangan.

Photo: 
Air Vectors by Vecteezy

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu