BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 12 Julai 2020

Bagaimana nak download iOS 14?



iOS 14 Beta sudah boleh diuji pengguna biasa!

Dua hari lepas, Apple sudah mengeluarkan iOS 14 public beta untuk dimuat turun oleh semua pengguna.

Bagi peranti yang serasi dengan sistem operasi itu, anda boleh cuba tapi perlu diingat ia bukan yang dioptimumkan, sekadar boleh merasai ciri-ciri baharu iOS 14.

Peranti yang serasi:
  • iPod Touch (7th generation)
  • iPhone SE (1st and 2nd generation)
  • iPhone 6s and 6s Plus
  • iPhone 7 and 7 Plus
  • iPhone 8 and 8 Plus
  • iPhone X
  • iPhone XR
  • iPhone XS and XS Max
  • iPhone 11, 11 Pro, and 11 Pro Max
Bagaimana nak sertai program ujian iOS 14 beta ini?

Anda kena pergi ke laman web Apple Beta.

Ikut arahan dari situ, gunakan web browser Safari untuk lebih mudahkan kerja anda.

OH YA! Jangan lupa back up data anda dekat komputer lain sebelum download iOS 14 ni!

Apa yang best iOS 14?

Home Screen

Memperkenalkan App Library untuk Home Screen anda, yang memudahkan pengguna mencari aplikasi yang mahu digunakan dengan cepat.

Selain menyenaraikan berdasarkan yang kerap digunakan, ia juga memberi cadangan kepada pengguna.

Messages

Mesej semakin cool macam dapat dilihat pada WeChat.

Dengan aplikasi messages atau orang masih panggil iMessage ini, akan ada Memoji baharu, pengurusan group message dengan lebih menarik dengan sistem ikon. Akhirnya ada fungsi mention, yang dah lama ada pada Whatsapp dan rakan-rakan.

Widgets

Sekarang anda boleh susun Widgets di Home Screen, seperti yang dapat dilihat pada Android, namun dengan design yang lebih cool dan mungkin lebih mudah.

Gambar atas Gambar

Picture in Picture dah ada untuk multitasking merentasi semua sistem. Video atau gambar akan dimainkan dalam window yang lebih keicl untuk anda pergi ke app lain. Benda ni memang dah ada pada kebanyak Android, kini ada pada iOS.

Carplay 

Paling canggih, Carplay yang baharu dan NFC cip yang membolehkan anda menyimpan kunci kereta di rumah.

Tetapi sekarang baru wujud kerjasama Apple dengan keluaran terbaharu BMW 5-Series dimana iPhone boleh digunakan untuk membuka dan menghidupkan enjin kereta.

Selain itu, anda juga boleh memberi kebenaran kepada iPhone lain untuk digunakan sebagai kunci kereta milik anda.

Memang canggih, tapi kena beli BMW baharu la.

Lain-lain adalah fungsi baharu pada Siri yang boleh ada aplikasi menterjemah ataupun Translate app.

Setakat ini Translate boleh guna untuk terjemah bahasa Inggeris, Mandarin Chinese, Perancis , Jerman, Sepanyol, Itali, Jepun, Korea, Arab, Portugis, dan Rusia.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu