BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 31 Julai 2020

Apa itu Hari Raya Korban?


Berdasarkan sejarah, Hari Raya Aidiladha ataupun Hari Raya Haji/Korban ini disambut sempena dengan peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS terhadap anaknya Nabi Ismail. 

Mungkin ramai yang tahu mengenai kisah pengorbanan ini tapi kita nak cerita semula dengan lebih ringkas.

Nabi Ibrahim telah bermimpi dimana Allah telah memerintahkannya untuk menyembelih anaknya, iaitu Ismail. 

Nabi Ibrahim berkata kepada anaknya “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu?"

Ismail menjawab, "Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. InsyaAllah, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar."

Maka Nabi Ibrahim melakukan seperti yang diperintah dengan menutup matanya, namun selepas membuka matanya, Nabi Ibrahim mendapati apa yang disembelihnya bukanlah anaknya Ismail, tetapi seekor kibas ataupun sejenis kambing yang terdapat di negeri Arab.

Kibas Domba. Foto: Facebook

Dari peristiwa itu, setiap tahun ketika perayaan Aidiladha, maka umat Islam akan menyembelih haiwan korban dan mengagihkannya kepada semua umat Islam yang lain, terutama sekali golongan yang kurang bernasib baik.

Seperti Aidilfitri, umat Islam akan berhias dan memakai wangi-wangian pada hari tersebut selain melakukan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak dua rakaat dengan tujuh takbir pada rakaat pertama diikuti lima takbir pada rakaat kedua.

Upacara korban hanya akan diadakan secara beramai-ramai selepas sembahyang sunat tersebut.

Tahun ini, kita terpaksa berkorban dengan mengehadkan jumlah orang ke masjid ataupun lokasi korban yang dikerjakan akibat penularan virus COVID-19.

Bukan itu saja, ibadah haji di juga tidak dapat disempurnakan oleh ramai orang kerana sekatan perjalanan demi keselamatan semua.

Semoga semua urusan kita permudahkan dan kita dapat menyambut Aidiladha dengan meriah.

Foto Cover: Zibik @ Unsplash.com

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu