BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 30 Julai 2020

Apa kaitan politik Sabah dengan Katak?




Sekali lagi, negara dikejutkan dengan berita politikus melompat parti dan kini menyebabkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN).

(Terkejut ke? Asyik-asyik ada je berita pergolakan politik dekat Malaysia ni, sabar jelah).

Apa sebenarnya kaitan politik Negeri Di Bawah Bayu itu dengan budaya lompat parti atau lebih dikenali sebagai "katak"?

Macam mana mulanya terma Budaya Katak di Sabah?

Pada bulan Februari 1994, sesuatu yang agak kontroversi berlaku apabila Barisan Nasional (BN) iaitu parti kerajaan pemerintah pada waktu itu tewas kepada parti pembangkang, Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

PBS yang ditubuhkan sejak tahun 1985, telah mendapat majoriti 25 DUN, manakala BN 23 DUN, sebelum ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PBS yang pilih untuk lompat parti dengan menyertai BN.

Katak kan melompat, jadi hasil 18 lompatan itu, BN berjaya menubuhkan kerajaan Sabah.

Perkara lebih kurang berlaku sekali lagi pada PRU14 2018, apabila ADUN BN dipercayai lompat parti untuk menyertai Parti Pembangunan Warisan Sabah (WARISAN), dan akhirnya menubuh kerajaan bersama dengan gabungannya, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Apa struktur perlembagaan negeri Sabah?

Negeri yang terletak di bahagian Utara Borneo itu mempunyai dua bahagian perundangan, sama juga seperti kerajaan Malaysia yang di diketuai Yang di-Pertuan Agong bersama Perdana Menteri, negeri Sabah pula diketuai Yang di-Pertua Negeri Sabah bersama Ketua Menteri Sabah.

Yang di-Pertua Negeri yang dilantik setiap empat tahun oleh Yang di-Pertuan Agong, tidak terlibat dalam hal-hal politik, kecuali mempunyai hak untuk melantik Ketua Menteri selain menangguh, memperkenan dan membubarkan DUN.

Kini, jawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah disandang oleh Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin, manakala jawatan Ketua Menteri Sabah bergantung kepada keputusan PRN akan datang.

Apa keadaan politik negeri Sabah kini?

Kerajaan negeri Sabah yang mempunyai 65 kerusi DUN, telah dibubarkan pada Khamis.

Perkara mengejut itu berlaku selepas ada ura-ura ADUN daripada parti WARISAN yang diketuai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dikatakan "dibeli" oleh kem Tan Sri Musa Aman.

Shafie Apdal mendakwa beliau memiliki 45 daripada 65 DUN, manakala Musa Aman pula dakwa memiliki 33, bersama bukti (gambar semua ADUN bersama kertas bersertakan nombor, termasuk Musa).

Hanya satu cara sahaja untuk mengetahui siapa yang akan berhak menjadi Ketua Menteri Sabah, iaitu melalui pilihan raya. 

Perkara ini bukan sahaja dapat meredakan situasi pergolakan politik negeri, tetapi juga dapat memberikan mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin dan bukan melalui 'pintu belakang'.

Foto: Dorothea Oldani @ Unsplash.com

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu