BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 30 Julai 2020

Ubat Kodak?


Selepas memfailkan muflis pada 2012 dan kini kembali pulih, Kodak mahu jual ubat pula.

Ya, syarikat buat filem dan kamera ni nak jual barangaan perubatan dan ubat-ubatan.

Terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang meminjamkan sebanyak AS$765 juta kepada syarikat itu untuk memulakan cabang perniagaan baharu, Kodak Pharmaceuticals.

Dana tersebuut datang daripada Akta Pertahanan Negara itu yang katanya agak kuno kerana diwartakan pada era perang Korea.

Trump mahu Kodak menghasilkan ventilator, pelitup muka dan peralatan perubatan lain dalam usaha menangani penularan coronavirus.

Jangan terkejut kerana ini bukan kali pertama Kodak menceburi bidang perubatan kerana pernah mengusahakan syarikat perubatan yang dinamakan Sterling Drug.

Namun Sterling Drug dijual pada 1994 selepas ia menemui kegagalan.

Tapi ada satu benda yang bakal menimbulkan masalah dalam syarikat perubatan ini dalam menangani COVID-19.

Laporan Wall Street Journal menyebut Kodak mahu menghasilkan ubat jenis hydroxychloroquine yang terbukti kurang berkesan merawat coronavirus.

Foto cover: @waldemarbrandt67w @ unsplash.com

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu