BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 16 Julai 2020

Apa kaitan pelitup muka dan jerawat pada muka anda?


Adakah anda antara yang mempunyai masalah kulit sensitif dan senang naik jerawat?

Jika ya, tentunya kehidupan normal baharu akibat COVID-19, muka anda lebih senang tumbuh jerawat.

Ia kerana memakai pelitup hidung dan mulut untuk tujuan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 boleh menyebabkan timbulnya jerawat pada kulit muka!

Perkara ini sudah dibuktikan melalui sains dan sering digelar sebagai "maskne" yang mendapat namanya daripada cantuman dua perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu mask dan acne.

Jadi bagaimana anda boleh mengurangkan pendedahan kepada virus korona sambil menjaga kulit muka anda?

Ini kaitan pelitup muka dan jerawat.

Bagaimana jerawat boleh tumbuh apabila pakai pelitup muka?

Apabila kerajaan menyarankan untuk memakai pelitup muka ketika keluar rumah, bahagian pipi, hidung dan dagu kita yang tertutup akan lebih terdedah kepada jerawat.

Ini kerana kombinasi kelembapan, karbon dioksida serta udara suam daripada nafas kita boleh menyebabkan perkumpulan bakteria yang sekaligus menyebabkan tumbuhnya jerawat, lagi-lagi bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.

Menurut Dr Ramsay Farah, pakar dermatologi di Farah Dermatology and Cosmetics, terdapat juga risiko alahan jika seseorang itu memakai pelitup muka yang mempunyai bahan pengawet seperti formaldehid.

Macam mana nak elak daripada naik jerawat ketika pakai pelitup muka?

Nak senang, memang kita fikir tak perlu memakai pelitup muka, tetapi perkara itu akan mendedahkan diri kita kepada risiko jangkitan virus pula.

Jadi jika anda ingin selamat daripada jangkitan COVID-19, patuh kepada saranan kerajaan sambil menjaga kulit muka, yang paling penting ialah jangan memakai pelitup muka yang sama untuk tempoh yang terlalu lama dan sentiasa mencuci pelitup muka diperbuat daripada kain.

Menjaga kulit anda dengan sentiasa mengguna produk pelembap kulit untuk mengurangkan risiko keradangan serta rajinkan skrub seminggu sekali dan mengambil ubat preskripsi jika keadaan semakin teruk.

Jangan jadikan perkara ini sebagai alasan untuk tidak ingin memakai pelitup muka!

Sumber: mashable.com Foto: engin akyurt @ unsplash



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu