BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 8 Julai 2020

Demi Palestin, Bella Hadid serang Instagram



Model terkenal (dan sangat seksi), Bella Hadid menuduh Instagram pembuli selepas memadam salah satu posting di Instgaram Story-nya.

Posting tersebut menunjukkan gambar pasport bapanya dengan menyatakan dia lahir di Palestin.

Selepas dipadam, Bella berkongsi kekecewaannya dan mempersoalkan tindakan Instagram.

Posting daripada Instagram Story @bellahadid

Bella mempersoalkan, adakah sebuah posting yang bangga dengan tempat kelahiran ayahnya itu melanggar peraturan Instagram?

“Adakah kami tidak boleh menjadi orang Palestin di Instagram? Bagi saya ini adalah satu tindakan membuli.” kata Bella di IG story-nya.

Kakaknya, Gigi Hadid yang merupakan seorang supermodel turut berkongsi posting tersebut dan kedua-dua menegaskan mereka bangga dengan asal usul keluarga mereka itu.

Bella turut mempersoalkan adakah Instagram cuba memadam sejarah dengan membuang posting yang ada kaitan dengan Palestin?

Walaupun dipadam, Bella yang dilahirkan di California, Amerika Syarikat memuat naik semula posting tersebut.

Ini bukan kali pertama Bella menyatakan perasaan bangganya mempunyai darah orang Palestin, malah sering menunjukkan solidarti terhadap orang Palestin di akaun media sosial miliknya.

Bella juga pernah turun dari keretanya semasa di London, untuk menyertai protes Free Palestine pada 2017.

Foto cover: Bella dan Bella bersama ayahnya dari Instagram @bellahadid

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu