BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 8 Julai 2020

Sebab apa Preme.KL diserbu oleh orang ramai?


Sabtu lepas, ada sebuah jenama skate shop local, Preme.KL diserbu oleh peminat-peminatnya kerana mahu mendapatkan jersi edisi kedua jenama itu.

Malah ramai yang membuat barisan dengan bermalam di koridor pejalan kaki dekat kedai itu menjadi yang terawal masuk ke kedai itu.

Sejak bila skate shop tempatan boleh dapat pengikut yang ramai sehingga keluarannya menjadi rebutan orang yang bukan main skateboard pun?

Ini mengingatkan kami mengenai jenama skate shop popular di New York, iaitu Supreme (ya, sebuah kedai jual skateboard, bukan jenama fesyen).

Supreme jual apa pun laris dijual dan kemudian reseller akan jual balik dengan harga 3-20 kali ganda daripada yang asal.

Jadi Preme.KL seakan sudah jumpa formula yang akan membolehkan keluaran mereka menjadi barang premium yang jadi rebutan oleh peminat-peminat produk skateboarding ataupun street wear ini.

Macam mana rupa jersi yang menjadi rebutan itu? Tengok gambar di bawah.



Daripada design jersi ini memang nampak gaya macam untuk jadi koleksi sahaja, kerana kalau pakai memang agak pelik.

Tapi macam mana jenama ini boleh menjadi popular? Kita tanya kepada owner kedai itu, Mamak (ya, dia nak dikenali sebagai mamak sahaja).

Menurut Mamak, Preme.KL mula menjual barang secara online pada 2015 sebelum memiliki kedai fizikal di Klang pada 2017.

Pada 2018 baru Preme.KL berpindah ke SS15 Subang Jaya.

"Kami bermula dengan minat pada sukan skateboarding dan fesyen, dua kombinasi ni tidak dapat dipisahkan.

"Kami sendiri tak sangka brand kami boleh jadi viral, ia satu luar jangkaan sehingga semua produk kami habis dijual." kata Mamak.



Jersi terbaharu keluaran Preme.KL ni pula diinpirasi daripada koleksi bola sepak lama era 90-an.

"Ini merupakan keluaran kedua jersi kami selepas yang pertama pada tahun lepas. Hanya 250 helai dikeluarkan." jelas Mamak. 




Kembali kepada soalan, macama mana jenama Preme.KL ni boleh jadi hit? Tengok video kat atas tu, beratur gila panjang dekat kedai SS15 ni.

"Tanpa disedari, mungkin (jenama Preme.KL jadi popular) berpunca daripada live Instagram kami yang menjual sample-sample pakaian pada waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bertujuan untuk sustain perniagaan kami," jelas Mamak.



Apa pula maksud Preme.KL? 

Menurut Mamak, Preme adalah singkatan daripada perkataan premium, jadi barangan premium dari Kuala Lumpur.



Daripada ini kita tahu kuasa media sosial. Memang pada mulanya Preme.KL ada menjual barangan limited edition Supreme. 

Tak murah produk Supreme ni, tapi sampai bila kita nak agungkan barangan luar negara saja? 

Support local yang berkualiti dan local skate shop akan support anda!

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu