BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 8 Julai 2020

Ini cerita sebenar Aladdin


Aladdin merupakan salah satu kisah popular yang diambil daripada Hikayat 1001 Malam, kumpulan hikayat dongeng bangsa Arab.

Aladdin ditambah ke dalam kumpulan hikayat itu oleh orientalis Perancis, Antoine Galland yang memperoleh kisah itu daripada Hanna Diyab, seorang penglipur lara puak Maronite yang datang berkunjung ke Paris pada sekitar 1708-1710.


Bagaimanapun, Galland langsung tidak memberi kredit kepada Diyab semasa menerbitkan kisah itu dalam bilangan baharu Hikayat 1001 Malam edisi Perancis, 'Les mille et une nuits' yang diterbitkan sekitar 1704-1717.

Kisah dongeng ini sudah banyak kali diadaptasikan di dalam pelbagai medium - teater, filem, televisyen dan buku, dengan pelbagai versi jalan cerita.

Ya tuan-tuan dan puan-puan, cerita Aladdin yang kita tengok kartun dan lakonan manusianya terbitan Disney itu adalah salah satu versi yang ada. Ini saya tuliskan kembali versi asal terjemahan Burton 1885 daripada catatan Galland:

"Aladdin seorang pemuda miskin hidup dalam gelumang "salah satu kota di China. Dia direkrut oleh seorang ahli sihir dari wilayah Maghreb, yang memperkenalkan dirinya sebagai abang kepada ayah Aladdin yang telah meninggal dunia, Mustapha si tukang jahit, meyakinkan Aladdin dan ibunya bahawa atas perbuatan baik mereka, dia akan membantu Aladdin menjadi saudagar yang kaya. 


Motif sebenar ahli sihir itu adalah untuk memujuk Aladdin yang muda supaya pergi mendapatkan sebuah lampu minyak luar biasa dari dalam sebuah gua ajaib berperangkap. Selepas ahli sihir itu cuba membelot kepadanya, Aladdin terperangkap dalam gua tersebut. Aladdin masih memakai cincin ajaib yang dipinjamkan oleh ahli sihir tersebut. Apablia dia menggosok tangannya dalam ketakutan, secara tidak sengaja dia menggosok cincin itu dan seekor jin muncul dan membebaskan mereka daripada gua itu, membolehkannya kembali kepada ibunya ketika bersamanya masih ada lampu minyak tersebut.

Apabila ibunya cuba untuk membersihkan lampu itu, supaya mereka boleh menjualnya untuk membeli makan malam mereka, muncul pula seekor jin kedua yang lebih berkuasa dan tertakluk kepada hajat sesiapa yang memegang lampu itu.

Dengan bantuan jin lampu tersebut, Aladdin menjadi kaya dan berkuasa dan mengahwini Puteri Badroulbadour, anak perempuan Sultan (yang secara ajaibnya memutuskan perkahwinannya dengan anak lelaki seorang wazir). Jin itu membinakan Aladdin dan isterinya sebuah istana indah, lebih dahsyat daripada istana Sultan.

Ahli sihir itu mendengar berita kemewahan Aladdin, dan kembali; dia mendapatkan lampu itu sampai ke tangannya dengan menipu isteri Aladdin (yang tidak tahu kepentingan lampu tersebut) dengan menawarkan untuk "digantikan lampu lama dengan yang baharu." Dia mengarahkan jin lampu tersebut untuk mengambil istana itu, bersama segala isinya, ke rumahnya di wilayah Maghreb. 

Aladdin masih ada cincin ajaib dan dapat menyeru jin yang tak berapa nak kuat itu. Jin cincin itu tidak dapat menghapuskan magis yang dibuat oleh jin lampu, tapi dia dapat membawa Aladdin ke Maghreb dimana, dengan bantuan "godaan wanita' sang puteri, dia mendapat semula lampu itu dan membunuh ahli sihir tersebut, mengembalikan istananya ke tempat asalnya.

Abang ahli sihir itu yang jauh lebih berkuasa merangka rancangan untuk menghapuskan Aladdin kerana membunuh adiknya dengan menyamarkan dirinya sebagai wanita tua yang dikenali dengan kuasa penyembuh. Badroulbadour terpedauya dengan helah tersebut dan mengarahkan "wanita tua" tersebut untuk tinggal di dalam istana kalau-kalau ada sebarang kesakitan. Aladdin diberitahu tentang bahaya ini oleh jin lampu lalu membunuh penyamar tersebut.

Aladdin akhirnya menaiki takhta diwariskan bapa mertuanya."

Pada baris pertama terjemahan ini, ada ditulis "salah satu kota di China", tidak bermakna secara literal bahawa latarnya di negara Timur jauh itu memandangkan karakter manusianya seperti Aladdin, Mustafa, dan Sultan langsung tidak bersifat ke-Cina-an. Ia merupakan perumpamaan abstrak orang Arab untuk menggambarkan sebuah tempat yang sangat jauh.

Begitulah ceritanya. Lain sikit kan daripada yang kita biasa tengok Disney punya.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu