BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 18 Julai 2020

Derhaka mertua, kucing galak? Apa itu?




Akar cerita, Gandarusa, Jarum tujuh bilah, Kucing galak, Mahkota dewa, Sambung nyawa dan Derhaka mertua.

Unik bukan nama-nama tersebut? Itu antara pokok herba yang terdapat di negara ini, sama ada ditanam secara komersial atau tumbuh meliar di hutan.

Lebih menarik apabila setiap satu pokok herba tersebut mempunyai 1,001 manfaat kepada tubuh badan manusia.

Bagaimanapun, diingatkan herba bukan seperti ubat yang dibekalkan oleh hospital sebaliknya hanya berperanan sebagai alternatif rawatan atau digunakan dalam menu makanan seperti ulam-ulaman.

Berikut kebaikan lima herba di atas untuk pengetahuan umum:

1. Derhaka mertua (Plumbago indica)


Herba ini turut dikenali sebagai ceraka kampung yang tumbuh secara renek dan menjalar.

Berdasarkan kajian makmal, pokok ini mengandungi bahan aktif seperti plumbagin dan glukosid sitosterol.

Khasiatnya pula boleh merawat sembelit, kudis buta dan melancarkan peredaran haid.

2. Kucing galak (Acalypha indica)


Herba ini difahamkan berasal dari India dan sering digunakan dalam perubatan homeopati.

Uniknya nama herba ini kerana aromanya yang tersendiri sering menjadi kegemaran kucing.

Kebiasaanya, herba ini digunakan secara tradisional bagi merawat masalah berkaitan pernafasan kerana mempunyai bahan aktif sejenis sianogenetik glikosida dan asid hidrosianik.

3. Akar cerita (Andrographis paniculata)


Nama lain yang sinonim dengan herba ini adalah hempedu bumi dan sering tumbuh di tanah gambut.

Akar cerita yang berasal dari India ini boleh dibiakkan menggunakan biji benih atau keratan batang.

Khasiat herba ini terdapat pada bahagian daunnya yang dipercayai berkesan menurunkan kadar gula dalam darah.

4. Mahkota dewa (Phaleria Macrocarpa)


Herba yang berasal dari Jawa Tengah dan Yogyakarta ini turut dikenali sebagai mahkota raja atau mahkota ratu.

Disebabkan fizikalnya yang cantik, herba ini sering digunakan sebagai tanaman hiasan.

Kepercayaan tradisi menyatakan herba ini musuh kebanyakan penyakit seperti anti barah dan mampu menangani masalah selsema, tekanan darah tidak stabil dan kencing manis.

5. Gandarusa (Justicia gendarussa Linn)


Di Malaysia, terdapat dua jenis gandarusa yang biasa ditemui iaitu batang berwarna coklat kehitaman dan berwarna hijau. 

Herba yang dipercayai berasal dari China ini difahamkan boleh digunakan untuk merawat bisa sendi, demam dan lelah.

Susulan daripada kandungan bahan antiperiodik, karminatif, diuretik dan laksatif.

Farhana Joni dan Asyraf Roslan



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu