BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 10 Julai 2020

Facebook Padam Akaun Konco-konco Trump


Habis semua cyber troopers, fake accounts yang ada kaitan dengan bekas penasihat politik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dipadam.

Facebook beri alasan, semua akaun yang ada kaitan dengan bekas penasihat Trump, Roger Stone, sebagai “coordinated inauthentic behavior” ataupun penyebaran maklumat palsu yang terancang.

Semua akaun tersebut dikaitkan dengan kumpulan yang menyebarkan ideologi kebencian, the Proud Boys.

Macam-macam posting dibuat akaun Facebook itu termasuk berkongsi dokumen bocor dari Wikilekas mengenai politik di Florida.

Akaun-akaun tersebut tidak aktif sejak 2016 namun 54 akaun, 50 pages dan 4 akaun Instagram yang ada kaitan dengan kumpulan itu sudah dipadam.

Menurut Facebook, mereka sudah mengenal pasti semua ahli politik yang menggunakan taktik jahat ini dan yakin ia akan digunakan sekali lagi untuk menipu dan mengelirukan orang ramai.

Coordinated inauthentic behavior” adalah apabila kumpulan, pages atau akaun pengguna melakukan kerjasama dengan berkongsi maklumat yang akan mengelirukan orang ramai tentang siapa mereka sebenarnya dan apa yang mereka mahu capai.

Facebook dapat mengenal pasti akaun-akaun palsu itu berdasarkan kenyataan awam dari waran geledah siasatan yang dibuat Peguam Khas Amerika, Rober Mueller.

Stone didapati bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk berbohong untuk melindungi Trump mengenai usaha kempen 2016 untuk menghubungi WikiLeaks.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu