BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 15 Julai 2020

Siapa cipta karaoke?


Karaoke membuka satu gerbang ke dunia fantasi di mana sesiapa sahaja boleh berangan-angan merasakan diri bagai seorang bintang walaupun suara tak berapa sedap. Kerana ia dicipta bukan untuk penyanyi profesional, tetapi buat hiburan seisi keluarga tak kira kecil besar tua muda.

Budaya 'sing-along' sudah sekian lama wujud dalam pelbagai masyarakat di serata dunia sejak awal ketamadunan manusia. Kewujudan televisyen memberikan nafas baharu kepada tabiat menyanyi manusia, apabila sekitar 1960-an apabila satu rancangan terbitan NBC bertajuk 'Sing Along with Mitch' mengajak penonton di rumah menyanyi bersama hosnya, Mitch Miller.

Teknologi berkembang dan permintaan terhadap bahan hiburan semakin meningkat, membawa kepada penciptaan pita kaset muzik yang membolehkan muzik dimainkan di mana sahaja pada bila-bila masa.

Kerana kesukaan menyanyi, orang Jepun mencari jalan untuk membolehkan hiburan 'sing-along' dinikmati tanpa perlu menunggu siaran rancangan berjadual oleh stesen televisyen. Jadi ada beberapa orang dikatakan telah membangunkan mesin nyanyian sekitar era 70-an.

Bagaimanapun nama yang umum disebut sebagai individu yang bertanggungjawab mencipta karaoke adalah seorang pemuzik bernama Daisuke Inoue (10 Mei 1940). 

Suatu hari pada 1971, seorang pelanggan mahu Inoue mengiringinya dalam satu persembahan yang tidak dapat dihadirinya. Sebaliknya, dia membekalkan pelanggannya itu dengan pita rakaman muziknya.

Menyedari potensi besar idea tersebut, dia mula membangunkan mesin bersama amplifier dan pita muzik dan menyewakannya kepada bar-bar di sekitar Kobe pada 1971. Ia nyata terus popular, maka terlahirlah sebuah trend yang bernama karaoke.



Daisuki Inoue dengan mesin sistem karaoke ciptaannya. Dulu tak ada visual TV paparkan lirik, jadi kena hafal lah lagu yang nak dinyanyikan tu.

Karaoke datang daripada gabungan perkataan Jepun kara ç©º (kosong) dan okesutora ã‚ªãƒ¼ã‚±ã‚¹ãƒˆãƒ© (orkestra), bererti orkestra kosong. Lagu-lagu karaoke selalunya mengambil lagu-lagu popular yang dibuang vokal asalnyanya (minus one), supaya ia tidak mengganggu nyanyian langsung para pengguna.

Ia menjadi satu kegiatan yang terus berkembang, bermula dari Jepun, wilayah sekitarnya, serata Asia khususnya dan seluruh dunia. Seiring kemajuan teknologi, teknologi sistem karaoke juga semakin ditambah baik. Mediumnya juga semakin pelbagai, dari pita katrij, cakera padat, sehingga ke sistem bina siap (built-in) yang lebih memudahkan penggunaannya ke pelbagai platform.

Asalnya mesin karaoke ditempatkan di bar, restoran dan bilik hotel; kemudian wujud karaoke box iaitu bilik khas untuk pelanggan duduk dan menyanyi sambil makan dan minum. Hari ini, sistem karaoke boleh dimuatkan di mana-mana sahaja, ada di dalam kereta malah hingga ke dalam bilik mandi.

Dengan terciptanya sistem karaoke, semua orang boleh menjadi 'penyanyi'. Majalah Times pada 1999 mengiktiraf peranan Inoue dalam kegilaan karaoke yang sudah merebak ke seluruh dunia, menggambarkannya sebagai "The Most Influential Asian of the Century." Penulisnya, Pico Iyer menjelaskan, "Sebagaimana Mao Zedong dan Mohandas Gandhi mengubah hari-hari orang Asia, Inoue mengubah malam mereka."

Inoue juga dijemput ke Universiti Harvard pada 2004 untuk menerima anugerah satira, Ig Nobel Peace Prize atas jasanya "mencipta karaoke, sekaligus menyediakan satu cara baharu untuk manusia belajar bertolak ansur."

Tapi kalau lepas kau, kau, dan kau lagi menyanyi, suara pula sumbang, hilang juga sabar member lain yang menunggu.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu