BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 15 Julai 2020

Betul ke Facebook boleh mendengar perbualan anda?


Bukan sekali tetapi banyak kali terjadi kepada sesiapa sahaja, apabila anda berbual mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan, tiba-tiba iklan itu keluar pada Facebook anda.

Adakah anda menjadi mangsa pengintipan oleh Facebook?

TIDAK, Facebook tidak boleh mendengar perbualan harian anda.

TAPI, Facebook menyimpan data dan mengesan apa sahaja aktiviti yang anda lakukan di internet, tertakluk pada undang-undang yang dibenarkan, sama ada di negara itu ataupun berdasarkan undang-undang antarabangsa - dan juga dengan kebenaran yang anda berikan.


Ini bukan teori konspirasi tetapi ia adalah realiti yang Facebook mencipta sebuah sistem pengiklanan yang disasarkan kepada pengguna dan ya, ia amat menakutkan kerana ia sentiasa mengenai sasarannya.

Teknologi atau programming yang dibuat sangat canggih dan sangat rumit sehingga anda merasakan Facebook memasang mata dan telinga terhadap diri anda.

Bagaimana ia dilakukan?

Menurut Facebook, anda boleh mendapatkan penjelasan kenapa iklan itu dicadangkan kepada anda dengan mengklik pada butang tiga titiik di bahagian atas hujung kanan menu Facebook ads dan tekan “why you’re seeing this ads”?.

Dari situ anda boleh mendapat penjelasan kenapa iklan tersebut muncul di timeline anda.


Sebagai contoh, anda mungkin tidak terfikir pasal benda itu atau tidak pernah mencari sesuatu produk atau perkhidmatan itu, tetapi jika anda jatuh pada kategori yang sama dengan rakan Facebook anda (usia, tempat tinggal, minat yang sama) iklan itu akan dicadangkan kepada anda tanpa anda perlu mencarinya.

Ini bermakna iklan itu keluar kerana kawan-kawan dalam Facebook anda pernah mencari, berbual dalam internet mengenai benda itu dan jika anda dalam kumpulan atau kategori yang sama dengan kawan anda itu, iklan itu akan muncul tanpa anda perlu mencarinya. 

Iklan yang disasarkan ini sangat tepat dan memang menakutkan kerana mungkin baru seminit yang lalu anda berbual pasal benda di luar alam maya, iklannya dah muncul.

Foto: brooke-cagle @ unsplash


Algoritma yang dicipta Facebook ini lebih menakutkan kerana ia memproses semua data yang ada dengan sangat pantas sehingga ada yang terasa semua gerak-geri mereka diintip syarikat media sosial itu. 

Berbalik kepada penjejakan yang dilakukan Facebook, apakah yang mendorong kepada iklan tertentu dicadangkan kepada anda?

Facebook mengakui mereka mengumpul kandungan, perbualan dan informasi lain termasuk video dan foto yang anda muat naik atau like, akaun yang anda follow, hashtag yang digunakan dan kumpulan (group) yang anda sertai.

Bukan sahaja di aplikasi Facebook dan seangkatan dengannya, mereka juga dapat mengesan apa yang anda lakukan pada laman web atau app yang menggunakan plugin, kata laluan dan widget Facebook.

Sedar atau tak, Facebook dengan kebenaran yang anda berikan, dapat mengesan ke mana sahaja yang anda pergi walaupun aplikasi itu ditutup.

Boleh tak hentikan tracking ni?

Tak boleh sepenuhnya kerana walaupun anda menutup location, tracking dan mengawal apa jenis iklan yang boleh dipaparkan, Facebook masih boleh mengumpul data.

Namun dengan kebenaran yang terhad, tak banyak informasi yang dikumpulkan kepada syarikat dan jenama yang terlibat untuk mencadangkan iklan yang tepat kepada pengguna.

Berdasarkan kepada profile anda, iklan masih boleh dicadang dan dipaparkan. 

Jadi janganlah risau jika anda tiba-tiba mendapat iklan yang baru disembang dengan kawan anda tu, sebab kemungkinan besar, kawan-kawan Facebook anda, yang ada dalam satu kategori profil yang sama, ada melakukan pencarian mengenai produk/perkhidmatan itu.

Kena ingat kerana anda sendiri yang memberi kebenaran untuk Facebook mengesan segala aktiviti anda di internet, selepas mendaftar sebagai pengguna.

Adalah menjadi kesalahan yang sangat berat jika Facebook mengintip perbualan anda, kerajaan pun tak berani buat. Itu kata mereka lah. 

Sumber: theheartysoul.com Photo Cover: annie-spratt @ unsplash

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu