BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 12 November 2020

iPhone 12 belum boleh di ‘hack’


Setakat ini, sebuah syarikat start-up yang dimulakan untuk menggodam iPhone untuk kerajaan Amerika Syarikat belum menemui cara untuk melepasi tahap keselamatan iPhone 12.


Tetapi ini tidak bermakna mereka akan gagal.


Syarikat forensik itu, Grayshift sudahpun mendapat pembiayaan sebanyak RM194 juta, untuk fokus secara eksklusif untuk mencari jalan melepasi sistem keselamatan peranti milik Apple itu untuk pihak berkuasa.


BACA: TUKANG FILEM BERSEDIA UNTUK IPHONE 12

BACA: IPHONE 12 DAN IPHONE 12 PRO SAMA SAJA


Laporan Forbes menyebut perisian Graykey keluaan Grayshift itu digunakan sebagai alat untuk menggodam iPhone oleh agensi persekutuan di Amerika Syarikat, termasuk imigresen, kastam, FBI dan pejabat Presiden AS.


Teknologi untuk menggodam iPhone menjadi satu keperluan selepas FBI gagal meminta Apple untuk membuka iPhone 5C milik seorang suspek pengganas yang meninggal dunia.


BACA: KENAPA SAYA AKAN TERUS GUNA IPHONE


Walaupun Grayshift dilaporkan berjaya menemui cara untuk membuka kunci iPhone, ramai yang masih sangsi dengan kemampuan mereka untuk bertahan lama.


Ini berikutan Apple sangat konsisten dalam mengemas kini dan membaiki sistem keselamatan iPhone.


Sehingga kini, pakar tidak pasti sama ada sebuah alat yang efektif untuk melepasi pertahanan iPhone 12 ataupun iOS 14 dapat dihasilkan.


Forbes turut melaporkan Grayshift turut mempunyai perancangan untuk mencipta peralatan untuk bantu kerajaan menggodam peranti Android.


Foto: Zana Latif @ Unsplash



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu