BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 14 Oktober 2020

Tukang filem, bersedia untuk iPhone 12 Pro Max


Akhirnya iPhone diumumkan pada Apple Event awal pagi tadi. (Harga iPhone di hujung laporan ini)
 
Satu-satunya fungsi yang dinanti-nantikan oleh pengguna iPhone adalah kamera yang lebih power berbanding yang sebelum ini kerana ia agak ketinggalan dengan kemampuan HDR yang ada pada pesaingnya seperti Huawei, OPPO dan Samsung.

Sejak iPhone 8 lagi, lensa kamera ditambah tapi kuasa dan kualitinya hampir sama dengan adik beradiknya, jadi edisi ke-12 ini menunjukkan bahawa Apple benar-benar serius untuk bersaing dengan jenama lain.

Apple juga menghentikan penggunaan lightning cable dan menggunakan USB-C untuk iPhone 12 bagi tujuan mengecas dan memindahkan data.

Ini juga satu langkah Apple untuk menjimatkan pembuatan kabel, sekali gus menghijaukan bumi.


Warna-warna iPhone 12. Teringat tak iPhone 5? Besi dan petak di tepi macam ni.

iPhone 12 datang dengan skrin 6.1 inci dan juga iPhone 12 Mini dengan skrin 5.4 inci, 5 warna menarik dan kemampuan rangkaian 5G. 


Reka bentuk memang macam iPhone 5. Besi, petak di tepi, cuma skrin yang lebih luas tanpa butang bulat di tepi dan butang home bulat fizikal di bawah skrin.


Semua dipasang dengan cip terbaharu A14 yang jauh lebih pantas daripada pesaing di luar sana.


iPhone 12 dan iPhone 12 Mini datang dengan hardware dan fungsi yang sama, cuma mini lebih kecil. Tengok info di bawah ini:



iPhone 12 Pro/Pro Max pula masing-masing dengan skrin Super Retina XDR, 6.1 dan 6.7 inci, diperbuat daripada besi tahan karat, rekabentuk yang rata dan datang dengan empat warna, termasuk emas yang sangat mengancam!

iPhone 12 biasa tak boleh bersaing dengan kamera iPhone 12 Pro Max, yang dapat memberikan kuasa maksimum untuk yang suka menghasilkan video berkualiti tinggi, tanpa perlu membawa kamera profesional ataupun action cam yang ada di pasaran.

Fungsi ini rasanya lebih menguntungkan yang suka menghasilkan video gred profesional, seperti wartawan solo dan pembuat filem, bukan orang biasa!

Nah warna emas iPhone 12 Pro. Mana lagi mahal, gigi emas ke iPhone ni?



Bagi yang profesional, iPhone 12 Pro juga boleh menghasilkan foto dalam format RAW, yang dikenali sebagai Apple ProRAW.


Dengan bantuan A14 bionic yang baharu dan pengesan pemproses imej kamera pada iPhone 12 Pro Max yang 47% lebih besar daripada iPhone 11, ia dapat menghasilkan imej yang berkualiti lebih baik.


Pengesan yang lebih besar juga mengumpulkan lebih banyak cahaya dengan kamera kanta luas. Selain itu, ia datang dengan teknologi penstabilan OIS, untuk rakaman lebih tajam dan lancar, bagi tangan yang tak steady atau mengambil visual semasa bergerak.


Lebih menarik, telephoto iPhone 12 Pro Max bersaiz 65mm yang membolehkan anda zoom dan menangkap gambar potret yang lebih cantik. Apple juga mempekenalkan teknologi LiDAR pada iPhone 12 kali ini untuk menghasilkan gambar portret dalam cahaya yang rendah yang lebih menarik.


Ini dia kamera iPhone 12 Pro Max. 

Yang paling canggih, video boleh dirakam dalam format Dolby Vision HDR, telefon pintar pertama yang ada kemampuan itu.


Pengesan pemproses imej iPhone 12 Pro Max boleh merakam Dolby Vision HDR 10 bit pada 60 bingkai sesaat. Jadi memang power lah kamera iPhone kali ini. 


Tapi bagi orang biasa, ini bukan keperluan utama. Kebanyakan orang tak akan perasan pun apa format kita rakam. Orang biasa hanya akan nampaknya sebagai video sahaja.


Apa itu Dolby? Kalau pergi tengok wayang, mesti pernah nampak logo Dolby ni.


iPhone banyak membantu produksi TV dan digital yang terpaksa bekerja dari rumah.


Dolby memainkan peranan dalam pembangunan HDR ataupun High Dynamic Range untuk pawagam komersil dan peralatan home theatre sejak sekian lama. 


iPhone 12 Pro ni boleh merakam HDR 10 bit untuk memberi kawalan kepada pengguna kepada kualiti visual yang mereka mahukan.


Kalau anda mempunyai masalah dengan merakam video dalam suasana gelap dengan iPhone sebelum ini, Apple menjanjikan peningkatan 87% lebih cahaya dengan iPhone 12 Pro Max yang mengurangkan bintik-bintik pada video yang dirakam, juga dengan bantuan pengesan LiDAR.


Apple bangga menjadi telefon pertama boleh edit Dolby Vision HDR 10 Bit ini
dengan gunakan iPhone.


Pengesan LiDAR?



Dengan pengesan LiDAR, teknologi yang sama digunakan NASA menghasilkan pemetaan di Marikh, dalam misi yang seterusnya. Kalau boleh berfungsi untuk mengesan muka bentuk Marikh dalam gelap, ia dikatakan boleh membantu pengguna menghasilkan visual dalam gelap yang lebih berkualiti berbanding iPhone sebelum ini.


Menurut Apple, LiDAR juga untuk menghasilkan grafik Augmented Reality yang lebih realistik dan lebih pantas dengan kemampuan cip terbaharu A14 bionic, yang dikatakan boleh mencapai kepantasan neural engine sehingga 80% dan machine learning ataupun kecerdasan buatan 70% lebih pantas daripada biasa.


Magsafe? 


Bukan sekadar untuk cas telefon dengan lebih pantas, tetapi teknologi magnet pada iPhone 12 ini hadir dengan aksesori boleh memudahkan hidup kita untuk memasang casing dan sebagainya.



Dengan Magsafe tersedia pada semua iPhone 12, semua benda senang melekat dengan magnet yang disediakan.


Ini membuka pasaran baharu dalam casing untuk iPhone 12, menggunakan magnet yang mudah melekat dan ditanggalkan.


Peranti yang selamat


Apple terus menegaskan iPhone direka untuk melindungi privasi dan maklumat anda. Data pada Face ID tidak ditinggalkan pada iPhone dan tidak disimpan di iCloud. Apple Pay juga tidak berkongsi nombor kad kredit anda dengan peniaga.


Harap semua fungsi yang diumumkan Apple ini tidak indah khabar dari rupanya lah.


Yang menarik, harga iPhone 12 dikekalkan, tak naik harga berbanding yang dulu. Nak murah lagi, pergi kedai lain.



Ini harga di Amerika Syarikat lah. Kita tunggu syarikat rangkaian tempatan seperti Maxis, Celcom dan Digi nak bagi pakej apa dekat kita untuk iPhone 12 nanti.


Nak beli tak iPhone baharu dan yang mana satu pilihan anda?


Nota: Semua gambar dari laman web Apple dan screen capture video iPhone 12


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu