BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 14 Oktober 2020

Bagaimana kafein boleh membunuh


Kafein, sejenis bahan psikoaktif paling popular di pasaran sering merupakan sesuatu yang diambil dalam bentuk minuman seperti kopi, teh atau minuman bertenaga.


Tetapi kafein jika diambil dalam bentuk serbuk atau pil dalam konsentrasi berlebihan boleh menyebabkan serangan jantung, degupan jantung tidak normal atau aritmia, dan juga kematian.


Selalu ke berlaku kematian disebabkan kafein berlebihan?


Kematian disebabkan kafein berlebihan jarang berlaku, lagi-lagi jika diambil dalam bentuk minuman.


Kandungan yang boleh menyebabkan kematian adalah sekitar 10 gram kafein.


Terdapat 100 hingga 200 miligram kafein dalam satu cawan kopi, manakala minuman bertenaga mempunyai kandungan kafein sekitar 50 hingga 300 miligram (mg).


Seseorang harus mengambil lebih 30 minuman bertenaga dalam masa yang singkat untuk merasa kesan kafein berlebihan.


Jika perkara itu berlaku, ia akan menyebabkan reaksi pada badan anda seperti muntah yang akan mengeluarkan kafein dalam saluran darah dan mengurangkan risiko kafein berlebihan.


Macam mana kafein boleh membunuh?


Pernah ada kes-kes kematian yang dilaporkan disebabkan kafein berlebihan sebelum ini, namun kematian berlaku disebabkan pengambilan kafein dalam bentuk serbuk atau pil.


Pil yang mengandungi kandungan kafein yang tinggi (sekitar 200g) atau serbuk kafein yang mengandungi konsentrasi kafein sebanyak 100 peratus boleh didapati secara online dan sering diambil sebagai makanan tambahan atau supplement.


Pada tahun 2006, seorang remaja berusia 19 tahun, James Stone meninggal dunia selepas mengambil 24 biji pil NoDoz, di mana sebiji pilmengandungi 200mg kafein, membawa kepada jumlah kandungan diambil sebanyak 4.8 g, lapor CBNC.


Seorang lagi remaja berusia 18 tahun, Logan Stiner meninggal dunia pada 2014 akibat aritmia dan sawan selepas mengambil serbuk kafein yang mengandungi 100% konsentrasi kafein.


Menurut The Morning Journal, Stiner diberi serbuk kafein jenis Hard Rhino oleh rakannya yang dibeli dari Amazon.


Kandungan kafein di dalam darah mangsa adalah 23 kali lebih tinggi berbanding seseorang yang minum secawan kopi.


Apa cara untuk ambil kafein dengan selamat?


Menurut Mayoclinic, 400g kafein, iaitu bersamaan dengan empat cawan kopi sehari adalah selamat bagi dewasa yang sihat.


Tetapi harus ingat, kandungan kafein adalah berbeza bagi setiap jenis kopi, minuman berkarbonat dan minuman bertenaga.


Kesihatan serta bahan genetik seseorang juga memain peranan dalam sensitiviti terhadap kafein. 


Ada yang lebih sensitif terhadap kafein dan mendapat kesan sampingan seperti pening kepala atau gelisah, walaupun mengambil kafein dalam kandungan yang rendah.


Ada juga mereka yang tidak sensitif dan tiada mengalami kesan jika mengambil lebih daripada empat gelas kopi sehari.


Ingat, apapun kita masuk ke dalam badan kita, sebaik-baiknya di ambil secara sederhana untuk kekal selamat.


Sumber foto: Michelen Studios



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu