BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 2 Julai 2020

TikTok kalahkan Lasso


Lasso yang dimiliki Facebook nampaknya tak dapat mengatasi populariti TikTok.

Lasso yang dilancarkan Facebook setahun enam bulan yang lalu akan ditutup pada 10 Julai nanti dan pengguna Lasso sudah dimaklumkan.

Aplikasi itu dibuat khas untuk cuba bersaing dengan TikTok dan telah berjaya mendapat perhatian pengguna di China, selain negara barat.

Tapi jangan ingat Facebook akan kalah begitu saja, syarikat gergasi media sosial itu cuma mengalihkan tumpuan untuk mengukuhkan app yang sedia ada, apa lagi kalau bukan Instagram.


Instagram Reels dilancarkan dan dengan tiadanya Lasso, pasukan FB diharap dapat memfokuskan kepada pembangunan permainan terbaharu pada Instagram itu.

Reels juga diharap dapat mencuri apa yang patut dari TikTok termasuk pengiklanan serta terus mengalihkan tumpuan manusia untuk terus menatap skrin mereka.

Sumber: Techcrunch

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu