BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 28 Ogos 2020

Apa beza extrovert, introvert dan ambivert?


Extrovert, introvert dan ambivert merupakan skala yang boleh membantu membezakan kemahiran sosial setiap individu.


Secara singkat, extrovert merupakan golongan orang yang gemar berada bersama orang ramai, suka bertutur dan mendapatkan tenaga daripada bersosial.



Introvert pula golongan orang yang lebih selesa berada seorang diri, lebih cenderung untuk mendengar dan berfikir berbanding bercakap, dan mendapatkan tenaga daripada duduk di rumah berseorangan.



Ambivert pula ialah kedua-dua di atas, bergantung kepada situasi, siapa orang yang harus dihadapi, serta mood pada ketika itu.



Namun begitu, ketiga-tiga definisi ini bukan label, malah spektrum atau skala yang boleh diukur dengan lebih atau kurang.

Foto: signsofpeople.com




Sekarang, cuba fikirkan di manakah anda berada dalam skala di atas?



Sebaik-baiknya jika anda seorang ambivert (atau berada di tengah-tengah), ia bermaksud anda beruntung kerana keseimbangan itu dianggap paling bagus dalam situasi sosial.



Bagi golongan ambivert, mereka ini lebih pandai menyesuaikan diri dalam situasi berbeza, di mana mereka mampu mengawal tenaga mengikut kehendak.



Contohnya, jika di dalam persidangan atau perjumpaan kerja, lebih baik untuk seseorang itu berkongsikan fikiran dan idea mereka dengan nada yang konfiden.

Mana satu personaliti anda? Personaliti yang terbaik sudah pasti tidak membebankan orang lain, sama ada di tempat kerja, di rumah atau bersama masyarakat umum.






Foto: Anthony Tran

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu