Melaka dilanda ribut kencang pada Selasa, mencederakan sekurang-kurangnya enam murid sekolah rendah, merosakkan bangunan sekolah dan beberapa bangunan lain, serta beberapa buah kenderaan.
Menurut warganet di Twitter yang memuat naik gambar kesan ribut itu, nampaknya kawasan yang paling terjejas ialah Malim, Batu Berendam, Taman Merdeka Permai dan Klebang.
Kat area malim/cheng and kawasan sekitar melaka ribut kuat pagi tadi.. banyak pokok2 tumbang and ada tmpt yg tiang traffic light pun tumbang. Bnyk kereta kena hempap dengan pokok 😭😭😭 pic.twitter.com/8XoP9GxrAH— TeD (@BukanWanted) August 11, 2020
Apa yang menarik, seorang pengguna Twitter telah melaporkan melihat awan gergasi seperti Tsunami yang terbentuk di langit Aceh, Indonesia, sebelum kejadian ribut kencang di Melaka pada pagi Selasa.
Giant cloud formation seen from Melaka straits close to Aceh pic.twitter.com/FKqkKTfvA6— Toon Seri Anthraxxxx (@anthraxxxx) August 11, 2020
Dalam ciapan tersebut, awan hitam yang kelihatan bergulung itu juga dapat dilihat dari perairan Selat Melaka, di arah Timur dari Aceh.
Sebelum ini, CNBC Indonesia melaporkan fenomena sama berlaku di Aceh, yang juga dikenali sebagai awan Arcus, melanda bandar itu.
Apa itu awan Tsunami?
Menurut Badan Meterorologi, Klimatologi dan Geofiska (BMKG) Aceh, awan yang berbentuk seperti gelombang besar itu adalah awan Arcus.
Awan Arcus yang juga sejenis awan Cumulonimbus (CB), selalunya terbentuk melintang di paras yang rendah di atmosfera bumi.
Ia menyebabkan angin yang kencang, ribut, hujan lebat disertai kilat dan petir, puting beliung dan hujan ais (hail).
Awan yang padat itu terbentuk daripada wap air yang dibawa naik oleh arus angin yang deras.
Apa kaitan awan Tsunami dengan ribut di Melaka?
Setakat ini belum ada laporan mengaitkan kedua-dua fenomena ini.
Bagaimanapun, melihat apa yang berlaku di Melaka, tidak mustahil ribut yang memusnahkan bangunan dan mencederakan orang itu disebabkan oleh awan Arcus di Aceh.
Semalam panas terik, pagi ni #Melaka dilanda hujan lebat dan ribut sehingga mengakibatkan kerosakan rumah dan bangunan, pokok tumbang serta merosakkan beberapa sekolah. Jaga diri semua! #PrayForMelaka pic.twitter.com/Pl4aMhk42z— 🧔🏻 𝕚𝕒𝕟 𝕒𝕝-‘𝔸𝕣𝕖𝕖𝕗𝕚𝕪® (@areefiy) August 11, 2020
Kami akan cuba mendapat pengesahan mengenai fenomena itu dalam masa terdekat.
Sumber foto: Martin Vysoudil