BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 11 Ogos 2020

Kenapa Satu Hari Di Venus Bersamaan 117 Hari Di Bumi?



Ukuran masa di planet Venus (Zuhrah), yang kedudukannya kedua jauh daripada matahari itu berbeza sama sekali dengan masa yang kita alami dalam kehidupan seharian (iaitu 24 jam sehari).

Di planet yang juga dikenali sebagai planet paling panas dalam sistem solar kita, satu hari bersamaan dengan 243 hari di bumi, manakala satu tahun pula bersamaan dengan 224 hari di bumi.


Bagaimana masa diukur di Venus?

Jika satu hari di Venus ialah 243 hari bumi dan satu tahun ialah 224 hari bumi, adakah ia bermaksud satu hari di Venus lebih panjang daripada satu tahun di planet itu? 

Tidak! Ini kerana, masa di venus bergantung kepada perbezaan di antara definisi hari sidereal dan hari solar.

Satu hari sidereal adalah masa yang diambil untuk planet berputar pada paksinya, manakala hari solar adalah masa diambil untuk matahari kembali ke lokasi yang sama di langit.

Di bumi, satu hari sidereal bersamaan 23 jam, 56 minit dan 4.1 saat, manakala satu hari solar adalah 24 jam

Tetapi di Venus, ia mengambil masa selama 243.025 hari untuk planet itu berputar pada paksinya, paling lama jika dibandingkan dengan planet-planet di sistem solar.

Dalam pada itu, Venus juga mempunyai putaran ke arah yang berbeza mengelilingi matahari dan dikenali sebagai putaran retrograde.

Putaran bertentangan itu menyebabkan mataharinya terbit dari arah Barat dan terbenam dari arah Timur, sangat berbeza dengan keadaan kita di muka bumi.

Oleh itu, ambil kira hari sidereal, hari solar dan masa putaran Venus, masa yang diambil untuk matahari kembali ke lokasi asal adalah selama 116.75 hari di bumi.

Jadi masa yang diambil untuk siang bertukar menjadi malam di Venus adalah 117 hari bumi, hampir separuh tahun di waktu bumi.


Sumber foto: By NASA/JPL-Caltech - https://photojournal.jpl.nasa.gov/jpeg/PIA23791.jpg, Public Domain, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=91074395


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu