BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 25 Ogos 2020

Kenapa #ApologizeToLisa trending di Twitter?


Sama ada anda peminat K-pop atau tidak, anda mesti tahu betapa sayangnya peminat kumpulan lagu pop Korea terhadap artis kegemaran mereka sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk pertahankan idola mereka.

Antara kumpulan peminat atau fandom yang paling ekstrem yang kita tahu setakat ini ialah BTS Army - peminat setia BTS dan Blinks - peminat setia Blackpink.

Baru-baru ini #ApologizeToLisa ataupun 'minta maaf kepada Lisa' trending di laman sosial Twitter selama beberapa jam, dan perkara itu menimbulkan tanda soal kerana ini bukan kali pertama hashtag seperti itu trending.

Sebelum ini #ApologizeToJennie juga pernah berada di tangga pertama seluruh dunia.

Perkara itu berlaku bukan kerana drama di antara Lisa Manoban dan Jennie Kim, namun lebih kepada perang di antara peminat-peminat kumpulan itu.

Menurut seorang warga Twitter yang dipercayai Blink dan peminat kepada Jennie, ia tidak mustahil bagi peminat sesuatu kumpulan mengecam seorang lagi ahli daripada kumpulan K-pop yang sama.




Itu respon kepada bebenang yang dimuat naik @lalisaexclusive di mana berpuluh-puluh ciapan menunjukkan perang di antara peminat dua bintang utama Blackpink, Lisa dan Jennie.



Nampak gaya macam perang fandom K-pop semakin membuak-buak dan mereka ini tidak akan mengaku kalah.


Apa-apa pun, siapa bintang Blackpink kegemaran anda?






Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu