BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 24 Ogos 2020

Kucing atau Pikachu?


Kucing ini namanya Kapuang, bukan Pikachu.

Dia tular baru-baru ini selepas dikelirukan dengan Pikachu dari Pokemon, semua gara-gara tuannya mewarnakan bulunya dengan kunyit.

(Semua kecuali pipi merah adalah tanpa edit).

Ini gambar Kapuang si kucing kuning.
Sumber: Facebook Tum Meng Cat Panda & Cat Fungus

Tetapi jangan salah faham, bulu Kapuang tidak sengaja diwarnakan kerana tuannya ingin viral.

Kunyit, yang mempunyai sifat anti-mikrobial sebenarnya digunakan sebagai penawar bagi jangkitan kulat.

Menurut entri Facebook tuan punya kucing, Tum Meng Cat Panda & Cat Fungus, rawatan menggunakan kunyit terbukti berkesan selepas mencuba pelbagai jenis rawatan lain.


Bulu kucing digosok dengan kunyit sehingga kuning.
Sumber: Facebook
 Tum Meng Cat Panda & Cat Fungus

Menurut pemiliknya yang gemar memuat naik gambar haiwan peliharaannya di Facebook dan mempunyai lebih 3,000 pengikut, selepas kucing itu dijangkiti kulat, dia mencuba segala jenis ubat rawatan tetapi tidak berkesan.

Sebaliknya, rawatan mengunggunakan ubat lain menunjukkan kesan parut akibat kucing itu menjilat bahagian luka.

Itu yang menyebabkan dia mencuba untuk menggunakan kunyit, sesuatu yang mampu mengelak kucing menjilat bahagian itu.

Kabar baik, perkara itu berjaya dan Kapuang memang tidak menjilat bahagian itu sehingga luka itu baik dengan sendiri.

Sebelum dan selepas rawatan kunyit.
Sumber: Facebook Tum Meng Cat Panda & Cat Fungus


Walaupun luka semakin pulih, tetapi kunyit masih terang pada bulu Kapuang.

Tidak mengapa, biarkan kucing itu dapat perhatian buat sementara waktu.

Bulu Kapuang kuning gebu.
Sumber: Facebook
 Tum Meng Cat Panda & Cat Fungus

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu