BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 7 Ogos 2020

Lucky No.16 MB Lancar Kit Baharu Liverpool Di Malaysia


Penyokong Liverpool sekali lagi diraikan dengan pelancaran jersi sulung pasukan juara dunia dan England itu bersama jenama Nike.

Antara penyokong yang hadir kali ini di Football Republic di Sunway Pyramid adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin merupakan salah seorang penyokong Liverpool yang menunggu kejayaan pasukan itu kembali menjadi juara England sejak remaja lagi, sehinggalah rambut pun dah beruban.

Penyokong Liverpool dari kelab All Reds Malaysia

Ini menunjukkan betapa sukarnya untuk menjadi juara di England, walaupun sebelum ini berjaya menjadi juara Eropah pada 2005 dan 2019.

Pada jersi baharu Liverpool yang diterima Amirudin sebagai tetamu VVIP yang melancarkan jersi itu, beliau memilih nombor 16.

“Nombor 16 adalah kerana saya adalah Menteri Besar yang ke-16 negeri Selangor, state constituency saya adalah N16 (Kerusi Dewan Undangan Negeri N16).”

“2016 juga last (kali terakhir) saya menjadi manager pasukan Selangor, 2015 dan 2016.” kata Amirudin.

Foto: Facebook Shashitharan Naidu

Jersi terbaharu ini datang dengan pelbagai reaksi oleh peminat, kerana design yang agak minimal dan jahitan yang tidak kemas pada bahagian belakang dan lengan, tak berbaloi dengan harga yang dijual.

Namun beratus-ratus jersi habis dijual dalam tempoh sehari, termasuk jersi edisi pemain, VaporKnit yang berharga RM495.



Kebanyakan saiz jersi replika untuk wanita dan lelaki juga habis dijual, yang dijual dengan harga yang lebih murah, iaitu RM299.

Ahli kelab penyokong rasmi Liverpool seperti All Reds Malaysia, Kinabalu Reds dan KL Kopites mendapat potongan harga 20%, bukan sahaja jersi dan barangan Liverpool tetapi semua barang yang dijual pada harga asal di semua cawangan Al-Ikhsan dan Football Republic.

Foto: Facebook Sashidaran Batmanathan




Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu