BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 5 Ogos 2020

Macam mana ammonium nitrat boleh meletup?



Kekuatan letupan di Beirut, Lubnan pada Ogos 2020 mengejutkan dunia.

Letupan itu adalah bersamaan dengan 240 tan trinitrotoluene ataupun bahan letupan yang dipanggil TNT.


Ia bersamaan dengan sepuluh kali ganda kuasa letupan Mother Of All Bombs (MOAB), senjata bukan nuklear paling kuat dimiliki Amerika Syarikat (AS) semasa perang di Afghanistan.

Kejadian letupan berpunca daripada 2,750 tan ammonium nitrat yang disimpan dalam gudang bunga api berhampiran pelabuhan di Beirut, namun pihak berkuasa masih menyiasat bagaimana letupan tercetus.

Apa ammonium nitrat? 

Ammonium nitrat merupakan sejenis bahan kimia yang bersifat pepejal di suhu bilik dan mudah larut di dalam air.

Ia sering digunakan untuk menghasilkan baja bagi tujuan pertanian oleh kerana kandungan nitrat yang tinggi dan harga berpatutan.

Garam ini bersifat stabil, kecuali ia mudah terbakar ataupun meletup akibat tindak balas ammonium nitrat yang bahan api.



Macam mana ia meletup?

Apabila ammonium nitrat terkena bara api, struktur kimia terlerai dan menghasilkan dua gas, nitrat dioksida dan wap air.

Punca sebenar letupan yang dirasai di seluruh Bandar Beirut masih belum diketahui, namun pihak berkuasa tidak menolak elemen sabotaj, serangan pengganas atau satu kemalangan.


Presiden Lubnan, Michel Aoun mempersoalkan tindakan gudang bunga api menyimpan 2,750 tan ammonium nitrat tanpa langkah keselamatan yang didakwa menjadi punca letupan itu.

Ini bukan kali pertama ammonium nitrat menyebabkan kemusnahan yang besar

Kemalangan industri kilang paling mengerikan dalam sejarah Amerika Syarikat pernah berlaku di Bandar Texas, pada tahun 1947.

Seorang anak kapal tak bertanggungjawab membuang puntung rokok di atas kapal yang membawa 2,300 tan ammonium nitrat lalu mencetuskan letupan yang boleh dirasai di radius 10 kilometer radius daripada tempat kejadian.

Foto: https://www.rnz.co.nz/news/world/333728/bali-bombing-guantanamo-bay-detainee-charged

Jadi tidak hairanlah kenapa bahan kimia itu juga digunakan oleh pengganas, seperti yang digunakan dalam serangan bom di Bali pada tahun 2002.

Dalam kejadian itu 202 orang terbunuh, manakala letupan Oslo pada tahun 2011 yang membunuh lapan orang dan di Bandar Oklahoma pada tahun 1995, menyebabkan 168 terkorban.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu