BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 27 Oktober 2020

Pelampau kulit putih sekarang pengganas utama di Amerika Syarikat


Golongan yang mengagungkan kulit putih kini bertanggungjawab kepada majoriti rancangan dan serangan keganasan pada lapan bulan pertama tahun 2020 di Amerika Syarikat.


Menurut Mashable, kajian yang dibuat Center for Strategic and International Studies (CSIS) mendapati golongan white supermacists, pelampau kanan anti-kerajaan dan kumpulan pembenci yang wujud dalam talian ataupun Incels terlibat dalam 67 peratus rancangan dan serangan keganasan di Amerika Syarikat.


Jenayah kebencian atau protes dan rusuhan melibatkan ketidakadilan kaum tidak terasuk dalam kajian ini kerana ia lebih kepada keganasan atau ancaman untuk mencapai matlamat politik dan impak psikologi yang lebih meluas.


Serangan pengganas pelampau kiri juga meningkat tahun ini, empat kali lebih banyak berbanding 2019, manakala jumlah aktiviti serangan pelampau kanan kekal sama.


Keganasan setakat ini melibatkan lima orang terkorban dengan senjata api, tidak begitu teruk berbanding serangan bom pada 1995 di Oklahoma City yang mengorbankan 168 orang.


Bagaimanapun, CSIS memberi amaran serangan dijangka terus meningkat disebabkan perpecahan dalam politik, pandemik COVID-19 yang membebankan keadaan ekonomi, ketidakadilan kaum dan faktor-faktor lain.


Foto: Gayatri Malhotra @ Unsplash



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu