Ramai yang sering fikir bahawa pemakaian pendakap gigi atau braces ini merupakan satu trend yang perlu diikuti ramai.
Terdapat juga segelintir masyarakat terutamanya golongan muda yang berpendapat bahawa pemakaian braces ini merupakan satu simbol kemewahan.
Mana tidaknya, jika anda ingin memakai pendakap gigi harganya mencecah ribuan ringgit dan untuk servis bulanan anda harus membayar RM150 sehingga RM200 untuk memastikan keadaan gigi anda dalam keadaan baik.
Menurut Doktor Gigi, Dr Ahmad Hashridz Ruslan pemakaian pendakap gigi sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan gigi tidak teratur, berlaku masalah percakapan dan masalah pemakanan.
"Masalah percakapan tu berlaku apabila kedudukan gigi tu sendiri sehingga boleh menyebabkan pelat. Contohnya untuk kes gigi jongang bawah kedudukan rahang yang kedepan menyebabkan mulut seseorg itu tak dapat sebut perkataan tertentu"
"Manakala untuk kes malokludi dimana pesakit mempunyai gigitan yang tidak sempurna menyebabkan tidak dapat mengunyah dengan sempurna untuk menghancurkan makanan," katanya.
Ahmad Hashridz juga menyatakan ada juga segelintir masyarakat yang tidak mampu untuk memakai braces namun memilih alternatif lain dengan memakai pendakap gigi palsu yang berisiko.
Alternatif ini dipilih kerana kosnya lebih murah berbanding memakai pendakap gigi di klinik.
Sudah tentu perkara tersebut memberikan kesan yang negatif kepada pengguna.
Ini kesan yang mungkin anda alami jika menggunakan pendakap gigi palsu.
KESAN FAKE BRACES
Jadi kepada anda yang ingin memakai pendakap gigi, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor gigi sebelum memakainya.
Jangan pakai kerana nak ikut trend sehingga sanggup memilih barang tiruan dan akhirnya diri sendiri yang merana.