BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 26 Ogos 2020

Powerpuff Girls kembali tetapi sudah dewasa?






Trio 'The Powerpuff Girls' akan kembali semula ke televisyen anda, tetapi kali ini mereka bukan lagi kanak-kanak comel.

Sebaliknya Blossom, Bubbles dan Buttercup sudah dewasa dalam lingkungan 20-an yang mengalami kemurungan.

Ketiga-tiga watak animasi oleh The CW itu yang sudah dewasa, berasa kecewa kerana zaman kanak-kanak mereka telah dibazirkan dengan melawan raksaksa dan penjahat demi menyelamat rakyat di Townsville, USA.

Lebih menarik, siri terbaharu ini juga bukan lagi dalam bentuk animasi!


(Mungkin sama seperti siri Riverdale yang turut dicipta oleh The CW).



Sinopsis kepada aksi langsung terbaharu The Powerpuff Girls berbunyi seperti: "Adakah mereka sanggup untuk kembali bersatu dan menyelamatkan dunia yang kini memerlukan pertolongan mereka?"

Kita masih belum tahu apa akan terjadi kepada watak Mojo Jojo, iaitu watak penjahat utama yang juga merupakan monyet pintar dan mempunyai otak yang saiz besar.

Episod pilot siri aksi langsung itu masih sedang dalam proses perancangan.

Diablo Cody dan Heather Regnier merupakan penulis skrip dan penerbit eksekutif, dan Greg Berlanti, Sarah Schechter dan David Madden, juga sebagai penerbit eksekutif.

Siri animasi yang asalnya dicipta of Craig McKracken dan disiarkan dari 1998 hingga 2016 di Cartoon Network itu berlandaskan tiga kanak-kanak perempuan yang mempunyai kuasa istimewa selepas bapa mereka yang juga saintis, Professor Utonium mencipta mereka dengan menggunakan sugar, spice and everything nice serta bahan kimia X.

Tarikh tayangan episod pertama itu dan siapa pelakon-pelakon utamanya juga masih belum diketahui.

Namun, tentunya jika anda seorang millennial dan dibesarkan menonton siri animasi The Powerpuff Girls, anda pasti tidak sabar untuk mendapatkan update seterusnya, sama seperti kami.

Sumber foto: wikipedia

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu