BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 17 Ogos 2020

Sevilla makin kaya, jangan harap nak kalahkan dengan sepakan penalti



Sevilla bukan calang-calang pasukan nak menang dengan satu gol penalti dalam Liga Europa (UCL).

Kelab yang berpangkalan di Seville, bandar di wilayah autonomi di Andalusia itu adalah masters dalam memenangi kejohanan kalah mati di peringkat Eropah itu, dengan lima kejuaraan setakat ini sejak 2006.

Kejayaan liga domestik agak mengecewakan tapi mereka semakin berjaya dari segi kewangan selepas berjaya layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Dengan kejayaan itu, Sevilla sudahpun melanjutkan kontrak mereka bersama jenama pakaian sukan, Nike.



Lanjutan tersebut turut menyaksikan peningkatan dari segi jumlah penajaan, yang dipercayai bernilai £2.3 juta setahun dengan bonus sebanyak £500,000 selepas berjaya layak ke UCL.

Dalam perjanjian itu juga ada tambahan 10% bagi setiap penjualan jersi domestik dan 15% bagi penjualan antarabangsa.

Penjualan jersi mereka juga menyaksikan peningkatan sebanyak 51% pada 2016/17 dan 81% pada 2017/18.


Gambar atas credit Instagram @sevillafc


Ini menunjukkan keyakinan penaja ke atas hala tuju dan masa depan kelab itu, yang semakin popular di peringkat Eropah dan mungkin satu hari di peringkat dunia.

Apa yang menyebabkan Sevilla menarik? Design jersi atau permainan yang menarik?

Penyokong Liverpool tahu betapa kuatnya Sevilla apabila hanya mampu seri dua kali dan kalah dua kali dalam empat pertemuan sebelum ini.

Jadi kalau ingat boleh menang dengan harapan nak dapat penalti saja, boleh simpan lah hasrat itu.






Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu