BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 18 Ogos 2020

Tak laju sangat la internet di Amerika Syarikat




Kalau anda mengadu internet di Malaysia ni perlahan, ingatlah bahawa internet di kawasan kampung Amerika Syarikat lagi perlahan.

Menurut laporan Starlink, perkhidmatan internet satelit yang dibangunkan oleh syarikat Elon Musk, SpaceX, kelajuan internet di kawasan pedalaman negara itu hanya mencapai 7Mbps atau lebih rendah lagi.

Ini bermakna banyak lagi tempat di Amerika masih belum mendapat capaian internet yang memuaskan, walaupun kuasa besar dunia itu kaya raya dan mempunyai tenaga nuklear sekali pun.

SpaceX pula sedang giat menjalani ujian untuk membangunkan perkhidmatan internet satelit yang mensasarkan kelajuan sehingga 1Gbps, seperti yang diidamkan boss mereka, Elon Musk.

Namun setakat data ujian kelajuan yang dijalankan ke atas Starlink hanya mencapai 11Mbps hingga 60Mbps.

Ujian tersebut tak rasmi, hanya dijalankan oleh pengguna beta yang bertuah di Los Angeles, menggunakan laman web perkhidmatan ujian kelajuan Ookla Speedtest.

Ujian yang dijalankan mendapati purata kelajuan muat turun adalah 42.8Mbps manakala muat naik lagi perlahan, iaitu dari 4.5Mbps hingga 17.7Mbps.

Setakat ini, SpaceX sudah melancarkan 600 satelit di orbit untuk menyokong Starlink dan akan melancarkan lebih banyak ujian beta awam.

Foto cover: Forest Katsch @ Unsplash.com

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu