BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 18 Ogos 2020

Tak pakai pelitup muka, ini pistol untuk tembak muka




Situasi pandemik mendedahkan macam-macam perangai manusia, ada yang tak reti duduk di rumah semasa kuarantin wajib dan ada yang degil tak nak pakai pelitup muka.

Ada juga orang Amerika dilihat dengki dengan yang memakai mask sehingga sengaja batuk ke arah muka orang yang menyuruh dia memakai pelitup muka.

Jika anda pernah terserempak dengan mana-mana orang seperti itu, anda mungkin perlukan pistol yang dicipta YouTuber, Allen Pan ini.


Jangan salah faham, pistol itu tidak boleh membunuh atau mencederakan orang, sebaliknya mungkin dapat menyelamatkan nyawa daripada jangkitan virus COVID-19.



Allen Pan yang terkenal di YouTube dengan rekaan dan inovasinya, datang dengan rekaan baharu yang sesusai dengan situasi semasa di dunia sekarang, iaitu pistol yang menembak pelitup muka ke arah orang yang tidak memakainya.


Oleh kerana ramai sangat orang di Amerika yang degil dan enggan memakai mask di tempat awam, Pan mendapat idea untuk menghasilkan alat yang dibina menggunakan pelancar tekanan (pressure launcher) dan magnet yang diletakkan pada pelitup muka itu untuk memastikan mask itu melekat apabila terkena tembakan pistol itu. 




Dalam video itu yang dimuat naik di laman YouTube, Allen Pan - Sufficiently Advanced, Pan mendemontrasi cara membuat pistol pelitup muka itu (bagi sesiapa yang ingin membuatnya).

Selepas itu Pan pergi ke Pantai Huntington, California (dekat rumahnya) untuk menguji produknya ke atas orang awam.




Video itu memperoleh lebih 600,000 tontonan selepas ia dimuat naik pada 15 Ogos 2020 memandangkan channel Pan memiliki 1.04 juta subscribers yang mengikuti konten kreatifnya.

Jadi, adakah anda akan mencuri idea Pan dan menghasilkan pistol untuk menembak muka-muka orang awam yang tidak memakai mask di Malaysia, atau adakah anda termasuk dalam golongan mereka yang patut ditembak?


(Nota: Jangan cari pasal buat pistol ini dan tembak orang suka-suka hati. Nanti kena tangkap polis.)

Tonton video itu di bawah:




Sumber foto: Engin Akyurt @ Unsplash

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu