BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 16 September 2020

3 Perkara Penting Apple Event 2020


iOS 14, Apple Watch & iPad Baharu! Itu antara yang menarik pada Apple Event 2020 lewat malam tadi! Kita rangkumkan.

iOS 14 bermula HARI INI!

Semua iPhone dan iPad perlu dikemaskini kepada sistem operasi iOS 14 bermula hari ini.

Ini merupakan senarai produk atau peranti yang menyokong iOS 14.

iPhone 11/Pro/Pro Max
iPhone XS/XS Max/XR/X
iPhone 8/8 Plus
iPhone 7/ 7 Plus
iPhone 6s/6s Plus
iPhone SE (1st & 2nd generation)
iPad Touch (7th generation)
iPad Pro 12.9-inch (1st 2nd,3rd,4th generation)
iPad Pro 11-inch (1st & 2nd generation)
iPad Pro 10.5-inch
iPad Pro 9.7-inch
iPad (5th, 6th, 7th generation)
iPad Mini (5th generation)
iPad Mini 4
iPad Air (3rd generation)
iPad Air 2

Back up semua data anda, kosongkan sebanyak mungkin ruang dalam peranti anda supaya mudah untuk memasang iOS 14.

Apple Watch Series 6 and Watch SE


Penggunaan smartwatch ataupun jam pintar semakin meningkat dan sudah pasti Apple akan sentiasa mengemaskini Apple Watch.

Kali ini paparan Series 6 boleh sentiasa on bukan macam edisi Apple Watch yang lain.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Apple Watch ada fungsi memantau oksigen dalam darah, Sp02, berbanding hanya mengukur kadar denyutan jantung. 

Ia menggunakan cip A13 baharu yang lebih pantas dan dijual pada harga bermula AS$399.

Design? Sama saja seperti yang dulu.


Yang terbaharu dalam keluarga Apple Watch adalah model SE yang lebih mampu milik.

Skrinnya besar sedikit dan dijual pada harga bermula AS$279.

Ia menggunakan WatchOS 7, kalis air dan menggunakan pemproses S5 dual-core proprietary.

Apple iPad Generasi ke-8


iPad terbaharu menggunakan pemproses A12 Bionic dan harga bermula AS$329. Update terbaharu pada iPad adlaah Touch ID di butang power. 

Skrin iPad ini adalah bersaiz 10.2 inci.

Apple iPad Air


iPad Air dapat pemproses lagi power iaitu A14 Bionic chip 5 nanometer dengan six core dan empat four-core GPU. Nampak sangat nak bagi power untuk main game.

Skrinnya lebih besar, 10.9 inci Liquid Retina display.

Lain-lain...

Banyak produk lain yang dilancarkan pada malam itu, tetapi yang paling penting mungkin Fitness+ yang akan merupakan kelas senaman ataupun program kecergasan dan kesihatan yang boleh digunakan bersama Apple Watch anda.

Itu akan dilancarkan hujung tahun ini.

Sumber: Apple.com/CNet



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu