BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 16 September 2020

Kesian Mowgli, kerbau kesayangan pun mati


Hari ini merupakan hari paling sedih dalam hidup bagi Mohd Syukor Khamis, 15 tahun, apabila kerbau kesayangannya juga mati.

Syukor yang dikenali sebagai 'Mowgli Malaysia' memberitahu Harian Metro perkara itu selepas mendapat tahu kerbau yang dipanggil Semek itu dijumpai mati di tepi pagar kandangnya, 7 pagi Rabu.

Lagi menyedihkan, Semek yang pernah membintangi Budok Kuba sedang bunting anak kedua sebelum ia mati.


Foto: Yusuf Madi


Kerbau betina itu tidak disuntik vaksin kerana keadaannya yang sedang bunting, mati walaupun tidak menunjukkan apa-apa gejala.

Syukor turut meluahkan rasa sedih di laman sosial Facebooknya dan meminta orang ramai mendoakan agar dia dan keluarga tabah menempuhi musihabah.



Dugaan besar buat kami sekeluarga... mungkin sekarang musim wabak...kami sekeluarga mengharapkan doa dari semua agar musibah ini segera berakhir...
Posted by Syukor Khamis - Kampong Boy on Sunday, 13 September 2020

Sebelum ini, lebih 30 ekor kerbau ternakan Syukor dan keluarganya mati secara tiba-tiba di kandang mereka di Kuala Terengganu.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu mengesahkan kerbau-kerbau itu mati akibat penyakit hawar berdarah, sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis bakteria  yang menjangkiti lembu dan kerbau.

Foto: Instagram @nazriphotoelements
Syukor atau digelar Mowgli Malaysia pernah tular di media sosial beberapa kali sebelum ini kerana lagaknya yang mesra bersama kerbau ternakannya.

Gambar yang diambil oleh beberapa orang jurugambar profesional, termasuk Yusuf Madi pernah memenangi anugerah bertaraf antarabangsa.

Sumber foto: Instagram @nazriphotoelements

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu