Nampaknya Youtube macam nak bersaing dengan TikTok yang diancam kepupusan akibat ugutan sekatan di Amerika Syarikat.
Syarikat penstriman video milik Google itu memperkenalkan aplikasi baharu yang dipanggil Youtube Shorts, yang menggunakan modus operandi yang sama seperti TikTok - untuk meluahkan perasaan anda dalam tempoh 15 saat (atau kurang daripada itu).
Fungsi Shorts akan sebijik macam TikTok, di mana creator akan menerbitkan video pendek dengan lagu dan efek dari telefon pintar masing-masing.
Cuma satu sahaja yang kita belum tahu, adakah algoritma Youtube dapat memberikan pengalaman terbaik kepada penggunanya?
Video pendek, bite-sized content ni memang menjadi makanan pengguna telefon pintar masa kini.
Oleh itu Youtube perlukan sebuah programming yang boleh mengenal pasti apa yang pengguna suka tengok atau yang mungkin menarik untuk pengguna itu.
Daripada shorts, bite-sized content, aplikasi ini sudah pasti akan melalaikan pengguna seakan mereka menonton sebuah siri atau filem penuh.
Kita semua tahu Google banyak bekerjasama dengan syarikat rakaman dan juga mempunyai pengalaman yang lebih lama penstriman video, selain membina algoritma yang canggih.
Namun Youtube tidak dapat menyaingi jumlah tontonan dan muat turun yang dicatat oleh TikTok.
Bagaimanapun anda tak boleh download lagi Shorts ni, ia baru diumumkan oleh Youtube.
Youtube akan melancarkan aplikasi ini secara beta di India dalam beberapa hari lagi. (Fakta: 611 juta TikTok dimuat turun di India, tertinggi di dunia - tapi TikTok dah diharamkan di negara itu)
Dapatkan Shorts mengatasi TikTok? Apa pandangan pengguna tegar TikTok?