BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 3 September 2020

Apa maksud 'ABRACADABRA'



Asal orang buat magik, mesti diucapkan 'ABRAKADABRA' 'ALAKAZAM'! Nak bagi jadi magik katanya. Sebenarnya apa maksud perkataan itu?

Dikatakan ketika Zaman Pertengahan, manusia di Eropah ramai yang percaya kepada kuasa ajaib kerana segala perkara yang berlaku secara tidak masuk akal dan menakjubkan dianggap ada kuasa magis di sebaliknya.

Jadi mantera itu diulang beberapa kali, setiap ulangan dikurangkan satu huruf sehinggalah tinggal huruf A sahaja. Mereka percaya bersama setiap ulangan sehingga habis, penyakit akan beransur pulih. Ia juga ditulis pada kertas atau apa sahaja kepingan dan dijadikan tangkal.

Sebenarnya tak ada satu penjelasan kukuh tentang asal usul mantera ini. Katanya lama dahulu sekitar kurun ke-2 Masihi sudah dipercayai ramai bahawa mantera itu berkuasa. Ada beberapa teori yang menceritakan kemungkinan asal usulnya.

Pertama kali pengunaan mantera itu ditulis adalah dalam karya Serenus Sammonicus, ahli fizik kepada Maharaja Rom Caracalla, yang bertajuk Liber Medicinalis.


Pada Bab 5 kitab tersebut, diceritakan bahawa para pesakit malaria memakai tangkal yang tertulis mantera ABRAKADABRA dalam bentuk segi tiga. Didakwa tangkal itu mempunyai kuasa untuk menyembuhkan penyakit membawa maut.

Ramai juga percaya bahawa ABRAKADABRA itu berasal daripada perkataan Aramia (bahasa Ibrani purba) yang bererti 'aku berkata, maka terjadilah'.

Bagaimanapun menurut Kamus Inggeris Oxford, tiada dokumentasi untuk menyokong mana-mana dakwaan tersebut. Sehingga hari ini, ia diterap dalam pelbagai bentuk selain mantera untuk 'kasi jadi' pertunjukan silap mata. Tidak kurang juga yang percaya mantera ini memang ada kuasa ajaib.

Bagi pembaca Harry Potter, bunyinya sangat dekat dengan mantera 'Avada kedavra' yang merupakan sumpahan untuk membunuh. Peminat Pokemon pula, ia adalah dua makhluk berbeza iaitu 'Abra' yang kemudian akan berevolusi menjadi 'Kadabra' sebelum ke bentuk terakhir 'Alakazam'.

Macam-macam.


*Sumber: Wikipedia, phrases.org.uk

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu