BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 2 September 2020

Cara nak ingatkan COVID-19 membunuh


Sama ada kita suka atau tidak, COVID-19 masih ‘berkeliaran’ dan membunuh manusia di seluruh dunia.


Semalam, Malaysia melaporkan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kes kematian di dalam negara sebanyak 128 kes.


Walaupun menyedari kita belum menang melawan musuh halimunan itu, ramai yang buat seakan ia tak wujud, mungkin ingat diri mereka kebal atau baca banyak sangat teori konspirasi.

Bagi mengingatkan orang seperti ini tentang bahaya COVID-19, ini beberapa cara cara kreatif yang digunakan pihak berkuasa di Indonesia dan India.

Pocong keluar di waktu malam

Foto: Reuters
Indonesia, negara Asia Tenggara yang paling teruk dilanda COVID-19 mencuba pelbagai cara untuk meningkatkan kesedaran rakyatnya untuk mengurangkan penularan di dalam negara itu.


Antaranya pihak berkuasa di Jawa sanggup berpakaian seperti hantu pocong, supaya rakyat di kawasan itu tidak berani keluar lagi pada lewat malam.



Menurut Reuters, pocong yang lepak di kawasan awam mengurangkan jumlah orang keluar rumah pada waktu malam dan mematuhi perintah larangan keluar rumah.


Kempen keranda meronda kawasan perumahan

Foto: AFP
Di Jakarta pula, pihak berkuasa mengambil inisiatif untuk berkempen dengan cara yang kreatif bagi memastikan isu difahami orang ramai.

Dengan memakai sut hazmat dan membawa keranda kosong, pihak berkuasa meronda kawasan perkampungan untuk mengingatkan warga Jakarta mengenai kematian yang ada kaitan dengan COVID-19.

Helmet berduri menyerupai COVID-19

Foto: Reuters
Pihak berkuasa di India pula berkempen dengan memakai helmet besar berwarna merah dan berduri, menyerupai virus korona, sambil memberi penerangan kepada pengguna di jalan raya.

Perkara ini mungkin dilihat seperti bahan jenaka, tetapi perkara itu juga mampu meningkatkan kesedaran rakyat yang kurang pengetahuan tentang virus itu.

India kini merupakan epicentre atau pusat penularan jangkitan COVID-19.


Sumber foto: Mathew MacQuarrie


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu