BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 22 September 2020

Arab Saudi benarkan Umrah, tetapi...


Alhamdulillah! Kerajaan Arab Saudi sudah mengumumkan permulaan rancangan secara berperingkat bagi membenarkan menunaikan ibadah umrah, tetapi...

Rancangan itu terdiri daripada tiga peringkat yang mana peringkat pertama hanya membenarkan rakyat Arab Saudi serta ekspatriat yang menduduki negara itu sahaja untuk menunaikan ibadah di Tanah Suci Makkah.

Bagi memastikan keselamatan, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumum hanya 40 peratus dibenarkan dalam peringkat pertama pelan tersebut, berbanding jumlah kapasiti keseluruhan.

Peringkat kedua pula akan membenarkan 75 peratus daripada jumlah kapasiti, manakala dalam peringkat ketiga sahaja kerajaan akan membenarkan kemasukan rakyat dari luar negara, termasuk Malaysia untuk melawat negara itu bagi tujuan ibadah.

Bagaimanapun, Kementerian tersebut tidak mengumumkan bila mereka akan memulakan pelan itu, atau tempoh yang akan diambil bagi setiap peringkat.

Namun apa yang pasti, kerajaan itu berjanji akan mengutamakan kesihatan para ibadat dan melaksanakan setiap peringkat dengan berhati-hati disertai langkah-langkah keselamatan yang ketat.

Di Malaysia pula, Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah diberitahu oleh Duta Besar Arab Saudi bahawa masih tiada pengumuman rasmi berkaitan kebenaran menunaikan umrah.

Menurut Perdana Menteri kita pula, Malaysia hanya akan membuka pintu keluar masuk negara paling awal pada 31 Disember 2020 dalam langkah berjaga-jaga melawan COVID-19.

Jadi kepada semua umat Islam di Malaysia, jangan terlalu teruja dan terkejar-kejar untuk membeli pakej percutian umrah kerana pada tahun 2020 ini kerana tiada apa yang pasti lagi.


Sumber foto: Haidan



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu