BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 17 September 2020

Budak kolej Vietnam bina Batmobile, tapi NVX lagi laju


Baru 23 tahun, Nguyen Dac Chung dari Hanoi, Vietnam menghabiskan masa dengan rakannya untuk membina sebuah kereta replika Batman (yang berfungsi), dari filem the Dark Knight.

Lebih hebat, replika Batmobile rekaan filem tahun 2008 yang dibina itu adalah saiz sebenar seperti yang digunakan dalam filem. (kata laporan la).

Laporan menyebut Batmobile itu berukuran 3.6 meter (panjang), 2.6 meter (lebar) dan mempunyai ketinggian 1.5 meter.

Menurut Dac Chung, cabaran sebenar membina kereta Batman ini adalah mengumpul alat yang diperlukan.

Memang betul, mereka buat Batmobile ni. Semua foto FB Architects Dac.
Hanya frame dan badannya boleh didapati di Vietnam, manakala tayar dan alat ganti lain harus diimport.

Kos untuk menyiapkan Batmobile ini adalah sekitar RM89,435, ataupun VND500 juta dan projek ini dimulakan sejak 2019.

Ini dia, kereta Batmobile dibuat Dac Chung. Semua Foto Facebook Architects Dac.

Walaupun rupanya real dan sebijik macam dalam filem, prestasinya tak boleh menyerupai filem kerana ia hanya boleh mencapai kelajuan 100 kilometer sejam pada jalan lurus, laju lagi scooter Yamaha NVX.

Tak apa, janji style dan digeruni. Dekat sini, Batmobile rasanya tak lepas spesifikasi JPJ.




Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu